BANNER


Banner

CLICK THIS PLZ!

***CLICK ME PLEASE*** (TQVM :D)

WELCOME!


I made this widget at MyFlashFetish.com.

WELCOME to B3sG!LeR's NeSt

WELCOME to B3sG!LeR's NeSt!

Welcome to my blog!

Therefore, if you have some ideas and comments, don't forget to message me or leave message on the shoutbox!

Thanks for viewing and don't forget to follow my blog! ^_^

Enjoy ur stay here @ B3sG!LeR's NeSt

FOOTNOTE: For those who don't understand 'Malay' and 'English' language, please use 'Google Translate' or any other translator. Thanks a lot and stay tuned!

THANKS FOR YOUR SUPPORT. THE BLOG IS RUNNING FOR OVER 2 YEARS NOW!

EXCHANGE LINKS

EXCHANGE LINKS YOUR BLOG URL HERE! *EASY FOR BLOGWALKING*

HISTATS

SHOUTBOX

SHOUT HERE! PLZ TINGGALKAN LINK BLOG ANDA UNTUK DIJEJAK DI ATAS NI (MISTER LINKY) BUKAN KAT SHOUTBOX NI SEBAB SUSAH NAK JEJAK GUNA DUA-DUA.. TQVM :D

FACEBOOK LIKE

Wednesday, February 2, 2011

Syamsul Yusof Pecah Rekod Datuk Yusof Haslam!

Assalamualaikum w.b.t,

Syamsul Yusof pecahkan rekod ayahnya? Huhu..


Akhirnya Filem Khurafat yang masih ditayangkan di pawagam berjaya memungut RM7 juta sekaligus mengatasi kutipan terbanyak yang diperoleh oleh ayahnya iaitu RM6.3 juta menerusi filem Sembilu pada 1995.. Tapi beza yang ketaranya dulu harga tiket wayang jauh lebih murah iaitu RM5 berbanding RM10++ sekarang.. So, agak tidak adil la untuk filem-filem dulu.. .bukan? huhu.. lagipun Khurafat baru ditayangkan 20 hari.. sementara Sembilu 40 hari..

Apapun tahniah untuk Syamsul Yusof.. lepas ni buat la filem-filem yang best lagi ehh.. :D

Ikuti kisah lanjut..




AKHIRNYA pengarah muda, Syamsul Yusof berjaya memecahkan rekod kutipan 'box-office' yang pernah dibuat ayahnya, Datuk Yusof Haslam apabila filem Khurafat berjaya meraih RM7 juta dalam tempoh 20 hari tayangan.

"Ya alhamdulillah, Syamsul sudah berjaya memecahkan rekod filem arahan saya Sembilu 2 pada 1995. Dulu, Sembilu 2 memperoleh RM6.3 juta selepas 40 hari tayangan. Apa yang bezanya, zaman itu tiket wayang jauh lebih murah, cuma RM5 berbanding sekarang, RM10.

"Sebagai ayah, saya amat berbangga dengan kejayaan terbaru Syamsul itu. Tidak sangka Syamsul ada keazaman yang tinggi untuk mencapai impian sebagai seorang pengarah filem.

"Masa kecil-kecil dulu saya selalu membawa dia ke lokasi tapi tak sangka pula dia turut berminat untuk meneruskan legasi saya dalam dunia pengarahan dan akhirnya mencapai kejayaan dalam usia muda.

"Kalau dibandingkan dengan saya, Syamsul lebih baik kerana dia bukan saja menang anugerah dalam festival filem tetapi karya arahan dia juga mendapat sambutan hangat," kata Yusof kepada Rap, semalam.

Khurafat yang dibintangi Syamsul turut dimantapkan Liyana Jasmay, Sabrina Ali, Fauziah Nawi dan Salina Saibi. Ia mengisahkan perbuatan khurafat seorang lelaki terhadap seorang wanita yang akhirnya memakan diri sendiri sehingga ke akhir hayat.

Yusof berkata, sebagai produser, dia memang mengharapkan setiap filemnya mendapat sambutan dan tidak menjangka genre arahan Syamsul membuahkan hasil yang sangat membanggakan.

"Sebelum ini Syamsul lebih suka filem aksi dan drama. Jadi saya sendiri tak dapat menjangkakan bagaimana sambutan penonton terhadap percubaan pertama Syamsul yang bercorak seram.

"Terus terang, sasaran saya untuk filem Khurafat pada awalnya hanyalah sekitar RM4 juta saja. Saya memang tidak terfikir ia akan sampai sehingga RM7 juta dalam tempoh 20 hari.

"Dengan sambutan yang berterusan, saya kira sehingga Ahad ini, Khurafat mungkin boleh cecah RM7.5 juta, Insya-Allah," katanya.

Beliau berkata, mengambil kira ketika ini ada banyak filem sempena Tahun Baru Cina ditayangkan, jumlah dewan tayangan akan berkurangan untuk Khurafat dan ia akan memperlahankan kutipan.

Berhasrat untuk menghasilkan lebih banyak filem yang berkualiti daripada pelbagai genre pada masa akan datang, Yusof menyifatkan kejayaan Khurafat disebabkan garapan dan penceritaan yang berbeza.

"Penceritaan Khurafat berbeza daripada kisah seram yang pernah ditayangkan kerana ia ada 'twist plot' dan unsur Islamik yang ketara.

"Saya mewakili Skop Productions ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penonton yang menyokong filem ini termasuk media tempatan yang memberi liputan meluas serta komen positif terhadap Khurafat.

"Saya harap kejayaan ini akan menaikkan semangat Syamsul untuk menghasilkan lebih banyak filem berkualiti pada masa akan datang," katanya.


Credit to myMetro

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Glee!

Glee!
(Sticky) Catch Glee Season 2 every Wednesday

~EarLy eD!TiOn~

~EarLy eD!TiOn~
(STICKY) The best TV Series EVER!!! *4 me of coz* ^_^