BANNER


Banner

CLICK THIS PLZ!

***CLICK ME PLEASE*** (TQVM :D)

WELCOME!


I made this widget at MyFlashFetish.com.

WELCOME to B3sG!LeR's NeSt

WELCOME to B3sG!LeR's NeSt!

Welcome to my blog!

Therefore, if you have some ideas and comments, don't forget to message me or leave message on the shoutbox!

Thanks for viewing and don't forget to follow my blog! ^_^

Enjoy ur stay here @ B3sG!LeR's NeSt

FOOTNOTE: For those who don't understand 'Malay' and 'English' language, please use 'Google Translate' or any other translator. Thanks a lot and stay tuned!

THANKS FOR YOUR SUPPORT. THE BLOG IS RUNNING FOR OVER 2 YEARS NOW!

EXCHANGE LINKS

EXCHANGE LINKS YOUR BLOG URL HERE! *EASY FOR BLOGWALKING*

HISTATS

SHOUTBOX

SHOUT HERE! PLZ TINGGALKAN LINK BLOG ANDA UNTUK DIJEJAK DI ATAS NI (MISTER LINKY) BUKAN KAT SHOUTBOX NI SEBAB SUSAH NAK JEJAK GUNA DUA-DUA.. TQVM :D

FACEBOOK LIKE

Sunday, February 6, 2011

Fernando Torres Ke Chelsea!

Assalamualaikum w.b.t,

Torres ke Chelsea! Yeah! :D

pix_middle

Akhirnya usaha Carlo Ancelloti untuk membawa Torres membuahkan hasil bila Torres transfer ke Chelsea untuk harga 50 juta USD.. haha.. banyak tu.. jangan main2.. rekod kelab lagi tu.. Aku sebenarnya tak sangka Torres boleh masuk Chelsea.. sebab Liverpool pun antara rival terkuat Chelsea dan tak akan jual kat mana-mana kelab rival.. Tapi aku tengok Liverpool terdesak duit sangat kot sampai terima bid Chelsea $50 juta tu.. Huhu..

Duit bukan masalah besar untuk Chelsea.. Haha.. tengok je la sekarang.. Chelsea sampai save debut pertama Torres tu.. nak lawan Liverpool Sabtu ni.. haha.. memang Clash of The Titans betul la.. aku mestilah sokong Chelsea punya!! Tapi sayang la.. Sabtu dah balik Machang!! Grrr..

By the way, Torres welcome to Chelsea!!! And to Chelsea! Congrats for their winning at Stadium Of Light semalam dengan kemenangan 4-2.. Thanks to Anelka, Terry, Lampard & Kalou..

Nak dengar story lebih? JOMM!!






PENYERANG Sepanyol, Fernando Torres (gambar) percaya dia akhirnya boleh memenuhi impiannya untuk memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah selepas melengkapkan perpindahan ke Chelsea dari Liverpool.

Pemain berusia 26 tahun itu - yang memenangi trofi Euro 2008 dan Piala Dunia 2010 bersama pasukan kebangsaan negaranya - melengkapkan penghijrahan ke Stamford Bridge dengan kontrak lima setengah tahun sekali gus mencatat rekod perpindahan British sebaik sebelum pintu perpindahan ditutup dan kini dia berbangga memanggil dirinya sebagai seorang pemain Chelsea.

"Ia sebuah pasukan yang saya suka untuk bertemu mereka. Ia sebuah pasukan yang saya mahu bermain bersama mereka," katanya kepada Chelsea TV.

"Memang selalu sukar untuk bermain menentang Chelsea - satu daripada kelab gergasi di Eropah, sering bertarung untuk merebut setiap kejuaraan disertai mereka.


"Inilah sasaran bagi setiap pemain bola sepak - cuba untuk bermain bagi sebuah kelab ternama di dunia dan saya boleh melakukannya sekarang. Saya amat, teramat gembira. Adalah menjadi impian saya untuk memenangi Liga Juara-Juara dan saya pasti saya boleh, bermain buat Chelsea. Saya fikir semua rakan sepasukan berkongsi impian sama dengan saya dan harapnya kami boleh."

Torres juga ghairah dengan kesempatan untuk menguji dirinya di samping Didier Drogba dan Nicolas Anelka, menganggap penyerang Ivory Coast itu sebagai "penyerang terbaik di dunia".

Bekas peledak Atletico Madrid itu berkata: "Saya peminat utama semua penyerang Chelsea. Ketika saya remaja saya masih ingat Anelka bermain buat Arsenal. Tentunya Drogba antara penyerang terbaik di dunia. Ia satu tanggungjawab besar buat saya bermain di samping mereka kerana mereka memiliki tahap yang amat tinggi."

Perpindahan itu hanya dimuktamadkan petang kelmarin - tiga hari selepas kelab Anfield itu menolak permintaan pemain itu supaya dia berpindah dan dia boleh diturunkan bagi pertemuan menentang Liverpool, Ahad ini.

"Saya terlalu gembira dan berbangga untuk berada di sini, akhirnya, selepas hari-hari sukar yang ditempuhi," katanya. "Akhirnya saya boleh berkata saya seorang pemain Chelsea dan saya amat, amat gembira."

Torres mengakui adalah tidak mudah meninggalkan Liverpool tetapi dia yakin membuat keputusan yang tepat.


"Saya melalui dua, tiga, empat hari-hari yang amat menyukarkan buat saya terutamanya apa yang saya tinggalkan di Liverpool tapi kini saya boleh berkata saya seorang pemain Chelsea," katanya.

"Saya terlalu gembira dan saya pasti melakukan langkah besar dalam karier saya, menyertai kelab seperti Chelsea.

"Saya hanya mahu berada di tahap yang sepatutnya. Ia sebuah kelab hebat dengan tanggungjawab yang hebat. Saya bersedia untuk berdepan cabaran seterusnya."

Torres tidak sabar untuk digandingkan semula dengan bekas rakan sepasukannya di Liverpool dan rakan karibnya, Yossi Benayoun di Stamford Bridge.


"Dia amat bimbang mengenai setiap perkara yang berlaku dua atau tiga hari lalu, dan saya kini amat gembira untuk bermain bersamanya sekali lagi," katanya.

"Harapnya dia akan kembali (daripada kecederaan) secepat mungkin.

"Adalah bagus mendapat seorang pemain sepertinya. Saya mempunyai hubungan baik dengan Yossi dalam dan luar padang. Adalah hebat buat saya untuk menyertai pasukan yang sama dengannya sekali lagi, di sebuah kelab besar seperti Chelsea. Saya tahu semua bekas rakan sepasukan merinduinya - dia seorang lelaki yang baik dan hebat."

>PROFIL
NAMA PENUH: Fernando Jose Torres Sanz
TARIKH LAHIR: 20 Mac 1984
TEMPAT LAHIR: Fuenlabrada, Sepanyol
TINGGI: 1.85 meter
POSISI: Penyerang
KELAB SEMASA: Chelsea
NOMBOR JERSI: 9
KARIER REMAJA:
* 1995-2001 Atletico Madrid
KARIER SENIOR:
* 2001-2007 Atletico Madrid (214 perlawanan, 82 gol)
* 2007-2011 Liverpool (102 perlawanan, 65 gol)
* 2011-kini Chelsea
PASUKAN KEBANGSAAN:
* 2002 Sepanyol B-19 (5 perlawanan, 6 gol)
* 2002-2003 Sepanyol B-21 (10 perlawanan, 3 gol)
* 2003-kini Sepanyol (82 perlawanan, 26 gol)

Credit to myMetro

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Glee!

Glee!
(Sticky) Catch Glee Season 2 every Wednesday

~EarLy eD!TiOn~

~EarLy eD!TiOn~
(STICKY) The best TV Series EVER!!! *4 me of coz* ^_^