BANNER


Banner

CLICK THIS PLZ!

***CLICK ME PLEASE*** (TQVM :D)

WELCOME!


I made this widget at MyFlashFetish.com.

WELCOME to B3sG!LeR's NeSt

WELCOME to B3sG!LeR's NeSt!

Welcome to my blog!

Therefore, if you have some ideas and comments, don't forget to message me or leave message on the shoutbox!

Thanks for viewing and don't forget to follow my blog! ^_^

Enjoy ur stay here @ B3sG!LeR's NeSt

FOOTNOTE: For those who don't understand 'Malay' and 'English' language, please use 'Google Translate' or any other translator. Thanks a lot and stay tuned!

THANKS FOR YOUR SUPPORT. THE BLOG IS RUNNING FOR OVER 2 YEARS NOW!

EXCHANGE LINKS

EXCHANGE LINKS YOUR BLOG URL HERE! *EASY FOR BLOGWALKING*

HISTATS

SHOUTBOX

SHOUT HERE! PLZ TINGGALKAN LINK BLOG ANDA UNTUK DIJEJAK DI ATAS NI (MISTER LINKY) BUKAN KAT SHOUTBOX NI SEBAB SUSAH NAK JEJAK GUNA DUA-DUA.. TQVM :D

FACEBOOK LIKE

Tuesday, February 1, 2011

F1: Misi Red Bull Pertahan Gelaran

Assalamualaikum w.b.t,

Selain Lotus F1 Racing, Red Bull pun ada misi diaorang pula..


Red Bull F1 Team mengeluarkan jentera baru untuk digunakan dalam perlumbaan 2011.. Webber & Vettel kekal sebagai dua pemandu utama jentera Red Bull.. Misi diaorang kali ni ialah untuk mempertahankan gelaran sebagai jentera terbaik keseluruhan.. Memang sengit la diaorang nak bertanding dengan Ferrari, Mercedes, Renault dan lain-lain lagi..

Vettel sebagai juara termuda dalam sejarah F1 yang baru menjuarai F1 keseluruhan pada umurnya yang ke 23.. Lepas ni dia memburu untuk kali ke 2 pula.. Berjaya kah dia?? Sama2 je la kita tunggu & lihat ehh..

Ikuti sisipan selanjutnya..





VALENCIA: Pasukan Formula Satu (F1) Red Bull memperkenal jentera baru 2011 yang diharap mampu mengulangi aksi luar biasa musim lalu dengan memenangi kedua-dua gelaran, kategori pengeluar dan pemandu.

Pelumba Jerman, Sebastian Vettel muncul pemandu termuda merangkul gelaran pemandu pada usia 23 tahun selepas menjuarai Grand Prix terakhir di Abu Dhabi, November lalu. Kemenangan itu membolehkannya muncul juara dalam aksi cukup dramatik ketika rakan sepasukan, Mark Webber dari Australia menamatkan perlumbaan di tempat kelapan, dan ketiga keseluruhan.

Bagi 2011, Red Bull yang dibiaya dana dari Austria dan berpangkalan di Britain mengekalkan kedua-dua pemandu yang akan melakukan ujian di litar Ricardo Tormo, Valencia, hari ini, ujian pertama buat jentera baru RB7.

“Kami bertuah kerana mungkin sekali lagi menjadi jentera terkuat di grid,” kata ketua pasukan, Christian Horner.

“Musim ini pasti memenatkan tapi pasti lebih menarik. Namun, selagi kami mampu gunakan apa yang dipelajari pada 2010 dan melakukan yang terbaik, keputusan pasti memihak kereta kami seperti tahun lalu.” Musim lalu, Webber dan Vettel bersaing merebut kedudukan teratas bersama pemandu Ferrari yang juga juara dunia dua kali, Fernando Alonso dan Lewis Hamilton dari Britain, juara dunia 2008 ketika bersama McLaren.

Webber yang menang beberapa Grand Prix tahun lalu mahu mengulangi pencapaian itu.

“Tiada apa yang berubah, saya berpeluang menghasilkan beberapa keputusan hebat,” kata Vettel.

“Ada ketikanya saya mengalami kesukaran tahun lalu. Amat pelik apabila dua pemandu dari pasukan sama berebut kejuaraan. Kami tidak akan terbawa-bawa dengan keputusan ujian hari ini,” kata Webber.

“Masih terlalu awal. Kami perlu mengukuhkan asas untuk mempertahan kejuaraan.” Vettel bangga pencapaian tahun lalu.

“Tapi kini sudah masuk 2011, banyak kerja perlu dilakukan. Lebih baik bersedia untuk cabaran seterusnya kerana kami mahu mengulangi pencapaian sama.” Ketua Pegawai Teknikal Red Bull, Adrian Newey yang pernah berkerja untuk Williams dan McLaren berkata, persiapan jentera baru RB7 untuk musim ini adalah cabaran menakjubkan.

“Ada beberapa perubahan dalam peraturan, tapi tidaklah terlalu banyak seperti 2009. Perubahan paling ketara adalah pengenalan semula sistem KERS dan penggunaan sayap belakang boleh ubah yang membantu jentera memotong kereta lain. Ini bermakna RB7 berbeza berbanding tahun lalu.” Musim baru menyaksikan beberapa perubahan peraturan, paling ketara pengenalan sayap belakang boleh ubah dan larangan penggunaan beberapa elemen seperti F-ducts dan penyerap berganda. - AFP

Credit to myMetro

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Glee!

Glee!
(Sticky) Catch Glee Season 2 every Wednesday

~EarLy eD!TiOn~

~EarLy eD!TiOn~
(STICKY) The best TV Series EVER!!! *4 me of coz* ^_^