BANNER


Banner

CLICK THIS PLZ!

***CLICK ME PLEASE*** (TQVM :D)

WELCOME!


I made this widget at MyFlashFetish.com.

WELCOME to B3sG!LeR's NeSt

WELCOME to B3sG!LeR's NeSt!

Welcome to my blog!

Therefore, if you have some ideas and comments, don't forget to message me or leave message on the shoutbox!

Thanks for viewing and don't forget to follow my blog! ^_^

Enjoy ur stay here @ B3sG!LeR's NeSt

FOOTNOTE: For those who don't understand 'Malay' and 'English' language, please use 'Google Translate' or any other translator. Thanks a lot and stay tuned!

THANKS FOR YOUR SUPPORT. THE BLOG IS RUNNING FOR OVER 2 YEARS NOW!

EXCHANGE LINKS

EXCHANGE LINKS YOUR BLOG URL HERE! *EASY FOR BLOGWALKING*

HISTATS

SHOUTBOX

SHOUT HERE! PLZ TINGGALKAN LINK BLOG ANDA UNTUK DIJEJAK DI ATAS NI (MISTER LINKY) BUKAN KAT SHOUTBOX NI SEBAB SUSAH NAK JEJAK GUNA DUA-DUA.. TQVM :D

FACEBOOK LIKE

Thursday, February 17, 2011

Rihanna kena saman dek Video Clip S&M

Assalamualaikum w.b.t,

Terkejut tak Rihanna kena saman? Jom tengok sebab apa dia kene saman! +.+


(P/S: kalau nak tahu single dia yang tengah naik sekarang lagu S&M.. kalau nak dengar boleh download kat sini www.mediafire.com/?htt3dqhmr333daq
Kalau nak tengok video klip dia pula kat sini.. http://www.youtube.com/watch?v=KdS6HFQ_LUc)


JURUKAMERA ternama dalam dunia fesyen dan hiburan Hollywood, David LaChapelle dikatakan telah menyaman penyanyi terkenal Rihanna.

Menurut laporan disiarkan Reuters, LaChapelle mendakwa bintang yang kini sedang hangat dengan lagu duetnya bersama penyanyi rap Eminem, I Love The Way U Lie, menciplak konsep klip videonya yang penuh kontroversi “S&M” berdasarkan konsep lapan keping gambar pernah diambil.
Saman itu sudah pun difailkan Isnin lalu dan dalam kenyataannya LaChapelle berkata bahawa konsep dan beberapa babak ditampilkan dalam klip video dihasilkan itu sama dengan gambar diambilnya.

Sehari selepas video itu disiarkan, LaChapelle menuduh Rihanna menerusi laman sosial Twitter dengan mendakwa penyanyi itu menggunakan ideanya tanpa kebenaran.

“Lain kali kalau mahu menghasilkan klip video David LaChapelle, anda sepatutnya mengambil David LaChapelle sebagai pengarah,” katanya dalam laman sosialnya.

Penulis gosip blog terkenal Hollywood, Perez Hilton yang turut muncul dalam video itu turut mengutuk media yang memberikan previu buruk untuk album terbarunya Only Girl (In The World). Penyanyi itu turut menyiarkan beberapa
salinan laman sosial Twitter yang sebelum itu dipadam daripada halaman Twitter LaChapelle.

LaChapelle mengarahkan berpuluh muzik video termasuk lagu popular Britney Spears (Everytime), Christina Aguilera (Dirrty) dan Gwen Stefani (Rich Girl).

Dalam gambar yang diambil LaChapelle, seorang wanita baring di tepi jalan dan didekati sekumpulan badut. Sebagai perbandingan dalam video yang diarahkan Melina Matsoukas memaparkan Rihanna sedang membaringkan diri di atas meja dan dikelilingi sekumpulan wartawan yang digambarkan sebagai badut.

Satu lagi gambar milik LaChapelle menunjukkan sekumpulan wanita berambut merah memenuhi ruang bilik yang dindingnya berhias warna merah jambu terang berjalur dengan perabot konsep sama.

Bagaimanapun, dalam klip video Rihanna itu, dia turut memakai rambut palsu berwarna merah sedang bersuka ria bersama rakan perempuannya dalam bilik yang menampilkan latar sama seperti gambar dimiliki LaChapelle.

Setiap imej ditampilkan dalam klip video itu juga dakwa LaChapelle adalah sama dengan gambar dimiliki termasuklah kedudukan, konsep, tema, latar hiasan, warna sehinggalah kedudukan lampu. Bagaimanapun apabila ditanya lanjut mengenai jumlah saman yang dituntut, jurukamera terkenal itu enggan mendedahkannya.

Sebelum mengambil tindakan untuk menyaman Rihanna, LaChapelle juga pernah meluahkan rasa kecewanya dengan rakaman S&M yang sebelum ini memang sudah timbul isu mengenainya, terutama membabitkan pengisiannya yang penuh dengan aksi ghairah dan berbau seks.

Matsoukas pula memberikan komen mengenai kritik diberikan kerana ramai berasa kurang senang dengan karya dihasilkan untuk klip video terbaru Rihanna itu dia dengan mudah berkata tidak menghiraukan segala kritikan diberikan.

“Tajuk lagu itu sendiri sendiri S&M, saya hanya memaparkannya secara visual,” katanya sewaktu ditemubual MTV. Tambah Matsoukas lagi dia tidak boleh menghasilkan karya yang berada di bawah maksud lagu terbabit kerana bimbang ia lari daripada maksud atau bait lagu yang diterjemahkan Rihanna dalam nyanyian.

Credit to myMetro

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Glee!

Glee!
(Sticky) Catch Glee Season 2 every Wednesday

~EarLy eD!TiOn~

~EarLy eD!TiOn~
(STICKY) The best TV Series EVER!!! *4 me of coz* ^_^