BANNER


Banner

CLICK THIS PLZ!

***CLICK ME PLEASE*** (TQVM :D)

WELCOME!


I made this widget at MyFlashFetish.com.

WELCOME to B3sG!LeR's NeSt

WELCOME to B3sG!LeR's NeSt!

Welcome to my blog!

Therefore, if you have some ideas and comments, don't forget to message me or leave message on the shoutbox!

Thanks for viewing and don't forget to follow my blog! ^_^

Enjoy ur stay here @ B3sG!LeR's NeSt

FOOTNOTE: For those who don't understand 'Malay' and 'English' language, please use 'Google Translate' or any other translator. Thanks a lot and stay tuned!

THANKS FOR YOUR SUPPORT. THE BLOG IS RUNNING FOR OVER 2 YEARS NOW!

EXCHANGE LINKS

EXCHANGE LINKS YOUR BLOG URL HERE! *EASY FOR BLOGWALKING*

HISTATS

SHOUTBOX

SHOUT HERE! PLZ TINGGALKAN LINK BLOG ANDA UNTUK DIJEJAK DI ATAS NI (MISTER LINKY) BUKAN KAT SHOUTBOX NI SEBAB SUSAH NAK JEJAK GUNA DUA-DUA.. TQVM :D

FACEBOOK LIKE

Saturday, February 12, 2011

Gary Neville bersara

Assalamualaikum w.b.t,

Korang kenal tak Gary Neville ni siapa? Tak tahu.. Hmm.. Jom tengok apa cerita dia..

pix_middle

Kalau korang nak tahu, Gary Neville ni salah seorang pemain untuk Manchester United, position defender..

Yang aku nak cerita Neville ni dah bersara daripada main secara professional.. Dia rasa sudah tiba masanya dia berundur sebab prestasi diapun setakat tu je disebabkan faktor umur dan kecergasan. Namun, dia masih stay lagi kat Manchester United untuk kerja-kerja belakang tabir.. Dia pun ada lencana untuk latih pemain.. Jadi dia boleh menjadi pelatih.. Neville ni memang lama la main dengan Manchester United sama dengan Ryan Giggs dan Paul Scholes.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut tekan bawah ni..


GARY Neville berasakan masanya sudah tiba buatnya untuk menamatkan kariernya sebagai pemain, menyatakan dia "tidak berasa bagus" untuk meneruskan aksi hingga hujung musim.

Bekas ketua pasukan Manchester United itu memutuskan untuk bersara selepas 19 tahun terbabit dalam skuad senior Rabu lalu, sesudah memenangi lapan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), dua trofi Liga Juara-Juara Eropah dan tiga trofi Piala FA.

Pemain berusia 35 tahun itu hanya tampil sebanyak tiga kali dalam liga musim ini, yang terakhir adalah menentang West Bromwich Albion pada Tahun Baru, apabila dia bernasib baik mengelakkan daripada dibuang padang kerana terjahan keras ke atas pemain tengah lawan, Graham Dorrans.

Neville berasakan masa sudah tiba buatnya melupakan bola sepak di tahap tertinggi dan meneruskannya hingga hujung musim tidak bermakna dalam karier bekas pemain antarabangsa England itu.



"Ia bukannya hanya semalam sebenarnya, sesuatu seperti ini tidak hadir dalam sekelip mata," katanya kepada MUTV.


"Ia adalah kerana kombinasi beberapa insiden dalam beberapa bulan sebelum ini dan saya sudah memutuskannya dalam beberapa minggu lalu.

"Saya sudah bercakap dengan pengurus dan sudah tentu beliau berkata anda tidak boleh melakukan sesuatu seperti ini dengan cepat.

"Jadi saya bercuti selama seminggu dan masih mendapat keputusan sama bahawa ia adalah perkara yang betul untuk dilakukan.

"Saya hanya berasa masanya sudah tiba buat saya, jadi apabila masa anda sudah berakhir, maka ia sepatutnya berakhir."

Neville mengakui dia akan terus bekerja dengan kelab itu dalam apa bentuk sekalipun bagi menghormati baki kontraknya tetapi tidak jelas sama ada dia akan kekal berasa dalam senarai di Old Trafford musim panas ini.

"Anda hanya berasa ia betul. Saya sudah bercakap dengan pengurus dan saya akan meneruskannya hingga hujung musim, tapi tidak sama dengan kapasiti yang saya lakukan bagi 19 tahun terakhir," katanya.

"Saya mungkin bekerja dengan beberapa pemain muda, tapi ia hanya hingga ke hujung musim.

"Saya akan kekal di kelab ini hingga hujung musim dan melatih beberapa pemain muda kerana saya masih belum melengkapkan lagi sijil kejurulatihan saya," katanya.

"Tapi ketika ini tidak terlintas langsung di fikiran saya untuk melatih atau mengurus secara sepenuh masa.

"Saya sudah bekerja dengan sebuah kelab bola sepak setiap hari selama 20 tahun. Saya pastinya mahu cuba dan meneruskan hubungan saya dengan kelab ini, sekalipun ia sekadar seorang peminat.

"Tapi saya perlukan 12 bulan untuk memikirkannya. Saya tidak mahu terburu-buru untuk mengikat hubungan dengan cepat.

"Saya mahu berehat dan rileks."

Neville juga mendedahkan pada Tahun Baru di Hawthorns dia berasa sudah tiba masanya untuk menggantung butnya, kerana tidak mampu lagi untuk menangani kepantasan di tahap tertinggi.

"Selepas perlawanan pada Tahun Baru, saya berasa saya sudah tiba di penghujungnya," katanya.

Neville bermain 602 perlawanan buat Manchester United, menjaringkan tujuh gol sejak musim 1992-93 dan tampil buat England sebanyak 85 kali. Selain EPL, dia juga memenangi dua kejuaraan Piala Liga, satu Piala Kelab Dunia dan satu Piala Antara Benua.

Credit to myMetro

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Glee!

Glee!
(Sticky) Catch Glee Season 2 every Wednesday

~EarLy eD!TiOn~

~EarLy eD!TiOn~
(STICKY) The best TV Series EVER!!! *4 me of coz* ^_^