Post aku kali ni mengisahkan tentang Anugerah Skrin 2010 yang bakal berlangsung pada hari Jumaat, 24 Disember 2010 nanti. Aku kongsi la artikel ni daripada Harian Metro Online sebab nampak macam menarik je.. Apa lagi.. Bacalah.. hehe..

Majlis pelancaran Anugerah Skrin 2010 (ASK2010) yang sudah masuk sedekad penganjurannya, bakal memperlihatkan filem yang memenangi anugerah Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23, Magika tidak akan dipertandingkan. Sebaliknya berita gembira buat peminat setia karya Allahyarhamah Yasmin Ahmad apabila filem terakhir arahannya, Muallaf akan disenaraikan untuk dipertandingkan.
