BANNER


Banner

CLICK THIS PLZ!

***CLICK ME PLEASE*** (TQVM :D)

WELCOME!


I made this widget at MyFlashFetish.com.

WELCOME to B3sG!LeR's NeSt

WELCOME to B3sG!LeR's NeSt!

Welcome to my blog!

Therefore, if you have some ideas and comments, don't forget to message me or leave message on the shoutbox!

Thanks for viewing and don't forget to follow my blog! ^_^

Enjoy ur stay here @ B3sG!LeR's NeSt

FOOTNOTE: For those who don't understand 'Malay' and 'English' language, please use 'Google Translate' or any other translator. Thanks a lot and stay tuned!

THANKS FOR YOUR SUPPORT. THE BLOG IS RUNNING FOR OVER 2 YEARS NOW!

EXCHANGE LINKS

EXCHANGE LINKS YOUR BLOG URL HERE! *EASY FOR BLOGWALKING*

HISTATS

SHOUTBOX

SHOUT HERE! PLZ TINGGALKAN LINK BLOG ANDA UNTUK DIJEJAK DI ATAS NI (MISTER LINKY) BUKAN KAT SHOUTBOX NI SEBAB SUSAH NAK JEJAK GUNA DUA-DUA.. TQVM :D

FACEBOOK LIKE

Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Wednesday, February 23, 2011

Pra Kelayakan Olimpik: Malaysia 2 - Pakistan 0

Assalamualaikum w.b.t,

Apa khabar korang semua? Agak dah lama juga la tak update blog aku ni.. Hari ni aku nak kongsi kegembiraan aku ni..

TAHNIAH...pemain Malaysia, Mohd Irfan  (tengah) meraikan jaringan dengan memeluk jurulatih, Kim Swee (kiri) di Stadium Shah Alam, semalam.

Congrats to Malaysian team yang menang semalam hasil jaringan Wan Zahrulnizam Wan Zakaria dan Mohd Irfan Fazai pada separuh masa pertama.. Tapi sayangnya Malaysia patut boleh menang besar semalam.. Sayangnya penalti dan beberapa percubaan tidak menepati sasaran dan terkena palang.. Aku terkesima sekejap semalam bila ramai orang bersorak.. Seriusly, kedai yang jauh dari rumah aku pun aku dah dengar sorakan yang kuat gila.. apalagi jiran aku.. melalak je.. haha! Aku ingat EPL ke apa.. rupanya Malaysia yang lawan.. tahniah sekali lagi untuk diaorang.. lepas ni diaorang tak leh leka la dah dapat 2 gol nak bawa ke 2nd leg nanti.. Wish the best for them!

More..


Friday, December 31, 2010

(100th Posts!) Piala AFF Suzuki 2010: Malaysia Juara!!! Indonesia 2 - Malaysia 1 (2nd Finals)

Assalamualaikum w.b.t,

Yay!! 100th post lar.. tambah lagi hari terakhir untuk tahun 2010! Hee.. macam saja je aku save untuk post ni.. Post aku kali ni pasallll Perlawanan Akhir Piala AFF Suzuki 2010 yang berlangsung pada hari Rabu yang lepas..


Sebelum tu, sorry la dalam masa sehari dua ni aku agak busy sikit nak update sebab sibuk dengan benda lain.. Bukan apa cuti pun tinggal sehari dua jee.. Nak la enjoy puas-puas lagi sebelum masuk U.. Persiapan masuk U kena la buat.. kelmarin aku dapat surat daripada UiTM untuk mendaftar 3 haribulan nanti.. (sebab aku duduk kat luar) pelajar biasa daftar 2 haribulan yang dapat kolej jeeee...

Monday, December 27, 2010

Saturday, December 25, 2010

Piala AFF Suzuki 2010: Sejarah Baru Bakal Tercipta

Assalamualaikum w.b.t,

Post kali ni aku nak cerita sikit pasal Piala AFF Suzuki 2010.


Well, malam ni kita bakal menyaksikan perlawanan separuh akhir pertama Malaysia VS Indonesia.. Let's hope that diaorang boleh buat yang terbaik malam ni! I guess the scoreline will be 2-0 memihak kepada Malaysia.. of course la.. support Malaysia ok.. takkan tak nak support negara sendiri kot.. Ok.. jom tengok article Metro yang menarik perhatian aku ni..


Thursday, December 23, 2010

Maher Zain Datang Ke Malaysia Lagi?

Assalamualaikum w.b.t,

Post kali ni aku nak share tentang Maher Zain.


Maher Zain datang ke Malaysia lagi? Betul ke? Jom baca artikel ni..


Thursday, December 16, 2010

Piala AFF Suzuki 2010: Malaysia 2 - Vietnam 0

Assalamualaikum w.b.t,

Aku rasa tak terlambat lagi untuk aku tulis entry ni... Mesti ramai happy sebab Malaysia menewaskan Vietnam 2-0 dalam aksi semalam yang cukup menghiburkan di Stadium Nasional Bukit Jalil.. Well, aku pun tumpang gembira sebab Malaysia menang dalam aksi mereka dalam separuh akhir pertama..



Harap-harap diaorang kekalkan la prestasi yang cemerlang ni.. Ura-uranya juga gara-gara team Malaysia pakai jersi biru pun faktor diaorang menang. Betul ke? Betul la tu kot.. :P


Tuesday, December 7, 2010

Piala AFF Suzuki 2010: Malaysia mara dengan penuh bergaya!

Assalamualaikum w.b.t,

Hari ni aku nak kongsi ucapan tahniah kepada pasukan bola sepak Malaysia yang telah berjaya mara ke separuh akhir Piala AFF Suzuki 2010 dengan mencatat kemenangan bergaya 5-1 ke atas Laos.


Pada masa yang sama, harapan Malaysia untuk ke separuh akhir terletak kepada satu lagi keputusan penentuan iaitu Indonesia yang menentang Thailand yang kelihatan pudar untuk Malaysia mara ke separuh akhir apabila Thailand mendahului Indonesia 1-0. Tetapi, Indonesia bangkit dan menyaksikan perlawanan tersebut berkesudahan 2-1. Perlawanan menarik itu menyaksikan 2 sepakan penalti dihadiahkan kepada Indonesia dan kedua-duanya berjaya disempurnakan oleh bekas pemain yang pernah bermain di Selangor di dalam Liga Super suatu ketika dulu iaitu Bambang Pamungkas.

Secara rasminya Malaysia layak ke separuh akhir Piala AFF Suzuki 2010. Bertuah sungguh Malaysia yang sebelum ni seri tanpa jaringan dalam menentang Thailand dan kalah 5-1 kepada Indonesia dalam perlawanan pembukaan.

Tahniah sekali lagi buat pasukan bola sepak Malaysia!

(P/S: Aku ingat nak update pasal The Biggest Loser Asia 2.. tapi tak dapat tengok pula official airdate dia hari ni! Esok pukul 12 ada tayangan lagi mengikut Astro Guide so aku update esok!)

Saturday, November 27, 2010

Kedudukan Terakhir Pingat Sukan Asia, Guangzhou, China, 2010

Salam, hari ni, aku nak kongsi pasal kedudukan terakhir pingat Sukan Asia, Guangzhou, China, 2010 yang telah pun tamat pada 27 November lalu.


Tahniah kepada skuad Malaysia kerana telah memperoleh sebanyak 9 pingat emas, 18 pingat perak dan 14 pingat gangsa yang berjumlah sebanyak 41 pingat semuanya. Walaupun, pasukan badminton gagal untuk mengutip pingat emas, Namun, skuad Malaysia berjaya mencapai sasaran untuk pingat emas.

Pingat emas yang diperoleh Malaysia ialah melalui acara skuasy (3), boling (2), karate (2), basikal (1) dan wushu (1).

Tahniah kepada skuad Malaysia sekali lagi kerana menempatkan diri dalam 10 pasukan Asia yang memperoleh pingat emas tertinggi. Malaysia juga merupakan pasukan Asia Tenggara yang kedua tertinggi di belakang Thailand yang memperoleh 11 pingat emas yang juga telah merampas pingat emas acara sepak takraw daripada Malaysia. Selain itu, Indonesia, Singapura dan Vietnam berada pada kedudukan ke 3, 4 & 5 dan berkedudukan 14, 15 dan 23 secara keseluruhannya. Kita patut berbangga kepada pasukan Malaysia kerana mengharumkan nama negara. Tak kurang hebatnya Malaysia kan? Walaupun kalah dalam beberapa acara tradisi yang popular

Jadi ni senarai kedudukan akhir pingat negara-negara yang bertanding.


Kedudukan akhir pingat

Ni pula kontinjen Malaysia yang memperoleh pingat emas, pingat perak dan pingat gangsa.




Sampai sini saja entry untuk kali ni. :)

Gambar dipetik dari blog 'Boloque'.

Tahniah sekali lagi untuk pasukan Malaysia!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Glee!

Glee!
(Sticky) Catch Glee Season 2 every Wednesday

~EarLy eD!TiOn~

~EarLy eD!TiOn~
(STICKY) The best TV Series EVER!!! *4 me of coz* ^_^