BANNER


Banner

CLICK THIS PLZ!

***CLICK ME PLEASE*** (TQVM :D)

WELCOME!


I made this widget at MyFlashFetish.com.

WELCOME to B3sG!LeR's NeSt

WELCOME to B3sG!LeR's NeSt!

Welcome to my blog!

Therefore, if you have some ideas and comments, don't forget to message me or leave message on the shoutbox!

Thanks for viewing and don't forget to follow my blog! ^_^

Enjoy ur stay here @ B3sG!LeR's NeSt

FOOTNOTE: For those who don't understand 'Malay' and 'English' language, please use 'Google Translate' or any other translator. Thanks a lot and stay tuned!

THANKS FOR YOUR SUPPORT. THE BLOG IS RUNNING FOR OVER 2 YEARS NOW!

EXCHANGE LINKS

EXCHANGE LINKS YOUR BLOG URL HERE! *EASY FOR BLOGWALKING*

HISTATS

SHOUTBOX

SHOUT HERE! PLZ TINGGALKAN LINK BLOG ANDA UNTUK DIJEJAK DI ATAS NI (MISTER LINKY) BUKAN KAT SHOUTBOX NI SEBAB SUSAH NAK JEJAK GUNA DUA-DUA.. TQVM :D

FACEBOOK LIKE

Wednesday, February 23, 2011

Pra Kelayakan Olimpik: Malaysia 2 - Pakistan 0

Assalamualaikum w.b.t,

Apa khabar korang semua? Agak dah lama juga la tak update blog aku ni.. Hari ni aku nak kongsi kegembiraan aku ni..

TAHNIAH...pemain Malaysia, Mohd Irfan  (tengah) meraikan jaringan dengan memeluk jurulatih, Kim Swee (kiri) di Stadium Shah Alam, semalam.

Congrats to Malaysian team yang menang semalam hasil jaringan Wan Zahrulnizam Wan Zakaria dan Mohd Irfan Fazai pada separuh masa pertama.. Tapi sayangnya Malaysia patut boleh menang besar semalam.. Sayangnya penalti dan beberapa percubaan tidak menepati sasaran dan terkena palang.. Aku terkesima sekejap semalam bila ramai orang bersorak.. Seriusly, kedai yang jauh dari rumah aku pun aku dah dengar sorakan yang kuat gila.. apalagi jiran aku.. melalak je.. haha! Aku ingat EPL ke apa.. rupanya Malaysia yang lawan.. tahniah sekali lagi untuk diaorang.. lepas ni diaorang tak leh leka la dah dapat 2 gol nak bawa ke 2nd leg nanti.. Wish the best for them!

More..





HAJAT skuad Olimpik negara untuk mencipta kemenangan besar ke atas Pakistan pada aksi pertama pra kelayakan Olimpik malam tadi tidak kesampaian apabila hanya menundukkan lawan yang beraksi dengan 10 pemain dengan 2-0.

Bekalan dua gol menerusi jaringan Wan Zahrulnizam Wan Zakaria dan Mohd Irfan Fazail pada babak pertama permainan tampak belum cukup selesa buat Malaysia melepasi halangan pusingan awal apabila akan bertandang ke Lahore bagi perlawanan timbal balik pada 9 Mac depan.

Sebaik babak pertama bermula, skuad kendalian jurulatih Ong Kim Swee pantas melancarkan asakan ke arah gawang Pakistan yang dikawal pemain kelab Denmark, Birkerod IF Skjold, Yousuf Ejaz Butt.


Asakan itu nyata berhasil apabila pemain tengah lincah, Wan Zahrulnizam meledak dengan rembatan deras kaki kanan selepas menerima bola hantaran sudut Fandi Othman untuk meletakkan Harimau Malaya di depan pada minit ke-3.

Gol itu nyata menyuntik semangat pemain muda negara yang terus memberi tekanan dengan beberapa serangan bahaya namun gagal membuahkan hasil dengan penyudah yang kurang berbisa.


Bermula dengan percubaan satu lawan satu penyerang Ahmad Shakir Ali dengan Yousuf di minit ke-14 yang disia-siakan, lebih 7,000 penyokong Utras Malaya yang berada di Stadium Shah Alam tambah kecewa apabila sepakan percuma K Gurusamy dari jarak 25 meter singgah di palang gol.


Shakir sekali lagi berpeluang untuk menambah jaringan namun rembatannya dalam kotak penalti di minit ke-23 berjaya di selamatkan Yousuf.

Ketika skuad Pakistan bimbingan Tariq Lutfi cuba mengasak kubu skuad negara, ketegangan berlaku di penghujung babak pertama sehingga menyaksikan penyerang Pakistan, Ansar Abbas dibuang padang.

Credit to myMetro

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Glee!

Glee!
(Sticky) Catch Glee Season 2 every Wednesday

~EarLy eD!TiOn~

~EarLy eD!TiOn~
(STICKY) The best TV Series EVER!!! *4 me of coz* ^_^