BANNER


Banner

CLICK THIS PLZ!

***CLICK ME PLEASE*** (TQVM :D)

WELCOME!


I made this widget at MyFlashFetish.com.

WELCOME to B3sG!LeR's NeSt

WELCOME to B3sG!LeR's NeSt!

Welcome to my blog!

Therefore, if you have some ideas and comments, don't forget to message me or leave message on the shoutbox!

Thanks for viewing and don't forget to follow my blog! ^_^

Enjoy ur stay here @ B3sG!LeR's NeSt

FOOTNOTE: For those who don't understand 'Malay' and 'English' language, please use 'Google Translate' or any other translator. Thanks a lot and stay tuned!

THANKS FOR YOUR SUPPORT. THE BLOG IS RUNNING FOR OVER 2 YEARS NOW!

EXCHANGE LINKS

EXCHANGE LINKS YOUR BLOG URL HERE! *EASY FOR BLOGWALKING*

HISTATS

SHOUTBOX

SHOUT HERE! PLZ TINGGALKAN LINK BLOG ANDA UNTUK DIJEJAK DI ATAS NI (MISTER LINKY) BUKAN KAT SHOUTBOX NI SEBAB SUSAH NAK JEJAK GUNA DUA-DUA.. TQVM :D

FACEBOOK LIKE

Wednesday, February 9, 2011

Rahsia Kenny Dalglish

Assalamualaikum w.b.t,

Sejak Kenny Dalglish menjadi pengurus Liverpool, Liverpool tidak lagi kelihatan di zon penyingkiran.. Memang tabik spring la kat dia ni.. Huhu


Dalglish berjaya menguruskan Liverpool dengan baik sehingga Liverpool berada di tempat keenam dalam liga.. Memang hebat juga la Dalglish ni.. Hmm.. itu baru permulaan, cuba tengok bila dah lama dia mengurus.. adakah dia akan bertahan?

Dia juga dah bawa masuk Luis Suarez dan Andy Carroll yang masih cedera ke Liverpool.. memang langkah yang bijak selepas perginya Torres ke Chelsea...



DALAM tempoh hanya empat minggu, segala-galanya berubah. Genap sebulan lalu Kenny Dalglish (gambar) dipanggil ketika bercuti di pesisiran pantai Bahrain, untuk menggantikan Roy Hodgson yang disingkirkan dan kembali ke Anfield dengan tugasan yang pernah dilaluinya.

Pengurus berbangsa Scotland itu mengambil alih kelab yang sedang bergelut, menghampiri zon penyingkiran. Enam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) kemudiannya, mereka berdiri megah hanya enam mata memisahkan daripada tempat ke Liga Juara-Juara Eropah.

Satu daripada ungkapan Hodgson tidak ada "tongkat sakti" yang boleh menyembuhkan kesengsaraan Liverpool. Dalglish membuktikan Hodgson salah. Bagaimana King Kenny menggunakan tongkat saktinya masih satu cerita dongeng musim ini.

"Kenny berjaya menyatupadukan kelab ini," kata pemain pertahanan veteran, Jamie Carragher. "Penyokong kini memberikan sokongan tidak berbelah bagi, dan pemain serta peminat bersatu hati. Ia memang membantu.

"Ia tidak seperti pada awal musim, malang buat Roy Hodgson. Tetapi apabila Kenny masuk ia berjaya merangsang sokongan terhadap pasukan." Ia satu keupayaan unik yang membuatkan Dalglish menjadi prospek utama Fenway Sports Group apabila mereka memutuskan tempoh Hodgson di kelab itu berakhir.

Saat-saat terakhir pengurus dipegang Rafael Benitez dan perbalahan untuk menyingkirkan pemilik bersama Tom Hicks dan George Gillett daripada menguasai Anfield menyebabkan perpecahan di kalangan penyokong kelab itu.

"Tiada siapa yang lebih disayangi oleh kelompok peminat berbanding Kenny," kata pemilik utama kelab, John W Henry. "Dan bukan setakat pencapaiannya di atas padang, tapi kerjanya di luar padang, melalui masa-masa sukar bagi penyokong. Beliau seorang yang unik." Sidang akhbar Dalglish sejak pelantikannya berdasarkan dua tema: bahawa Liverpool memerlukan sedikit tuah dan sedikit keyakinan yang akan tercetus selepas itu.

"Ada ramai pemain yang amat bagus di kelab ini," kata pengendali berbangsa Scotland itu pada hari pertamanya di pejabat. "Mereka perlu percaya mereka adalah pemain yang bagus." Kemenangan ke atas Wolverhampton Wanderers, Stoke City, Fulham dan kini Chelsea membuktikan kata-kata Dalglish semakin memberi kesan. Tidak sukar melihat kenapa. Kebanyakan pemain dalam skuadnya berdepan permintaan berpanjangan Benitez bagi mendapat pembiayaan lebih untuk membeli pemain - satu cara yang sukar untuk mencetus keyakinan - dan kemudian mesej bercampur-baur Hodgson, merujuk pasukannya sebagai "terlebih staf" dan kekurangan sumber.

Keengganan Dalglish melontarkan kritikan dan ketegasannya bahawa pengukuhan semula mesti dilakukan nyata disenangi. "Beliau seorang legenda di kalangan kami dan beliau benar-benar positif," kata Dirk Kuyt. Daniel Agger, turut merujuknya sebagai seorang yang "positif".

Bagi Martin Kelly, pemain pertahanan berusia 20 tahun yang diberi kepercayaan oleh Dalglish, pengurusnya adalah "orang ke-12, jadi beliau memudahkan tugas kami".

Bekas bintang Scotland itu menggunakan sepenuhnya skuadnya - Jay Spearing tampil pada perlawanan menentang Everton, Christian Poulsen bermain bertemu Blackpool, Sotirios Kyrgiakos menentang Stoke - malah muka baru di kelab itu turut berasa lega dan gembira. Luis Suarez disambut pengurusnya dalam bahasa Sepanyol. "Kini saya tidak mahu mengecewakannya," kata pemain dari Uruguay itu.

Credit to myMetro

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Glee!

Glee!
(Sticky) Catch Glee Season 2 every Wednesday

~EarLy eD!TiOn~

~EarLy eD!TiOn~
(STICKY) The best TV Series EVER!!! *4 me of coz* ^_^