BANNER


Banner

CLICK THIS PLZ!

***CLICK ME PLEASE*** (TQVM :D)

WELCOME!


I made this widget at MyFlashFetish.com.

WELCOME to B3sG!LeR's NeSt

WELCOME to B3sG!LeR's NeSt!

Welcome to my blog!

Therefore, if you have some ideas and comments, don't forget to message me or leave message on the shoutbox!

Thanks for viewing and don't forget to follow my blog! ^_^

Enjoy ur stay here @ B3sG!LeR's NeSt

FOOTNOTE: For those who don't understand 'Malay' and 'English' language, please use 'Google Translate' or any other translator. Thanks a lot and stay tuned!

THANKS FOR YOUR SUPPORT. THE BLOG IS RUNNING FOR OVER 2 YEARS NOW!

EXCHANGE LINKS

EXCHANGE LINKS YOUR BLOG URL HERE! *EASY FOR BLOGWALKING*

HISTATS

SHOUTBOX

SHOUT HERE! PLZ TINGGALKAN LINK BLOG ANDA UNTUK DIJEJAK DI ATAS NI (MISTER LINKY) BUKAN KAT SHOUTBOX NI SEBAB SUSAH NAK JEJAK GUNA DUA-DUA.. TQVM :D

FACEBOOK LIKE

Friday, February 11, 2011

Aznil buat Konsert Hore Hore Aznil!

Assalamualaikum w.b.t,

Aznil Nawawi buat Konsert? Tak percaya? Baca ni..



Walaupun dia lebih kepada bidang pengacaraan tapi dia tetap ditawarkan peluang untuk buat konsert sendiri.. Cayalah Aznil.. Memang ni tanda ramai suka Aznil tambah lagi lawak-lawak dia memang spontan dan best!

Bertuah betul Aznil! Huhu..

Malangnya masa tu aku kat Kelantan, tambah lagi tak ada Astro.. nampaknya kena tengok Youtube atau download je la nampaknya

Nak tahu lebih lagi? Tengok kat bawah ni..


AZNIL Nawawi memang insan bertuah. Siapa sangka selepas 20 tahun menempatkan diri dalam bidang seni, dia ditawarkan mengadakan konsert solo. Lebih-lebih lagi dia bukanlah penyanyi sepenuh masa seperti mana Jamal Abdillah, Amy Search dan Anuar Zain.

Aznil, anak kelahiran Kampung Datuk Keramat, didatangi tawaran mengadakan konsert solo yang berjudul Hore Hore pada 12 Mac ini jam 8.30 malam.

Lokasinya, Taman Tasik Titiwangsa, mempunyai nostalgia buat Aznil yang pernah bersekolah di situ (Sekolah Lelaki Jalan Temerloh). "Terima kasih tak terhingga kerana ada pihak ambil peduli seorang manusia bernama Aznil Nawawi. Saya bersyukur kerana Kuala Lumpur tempat kelahiran saya. Terima kasihlah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana sudi beri ruang kepada anak jati sendiri membuat persembahan.

"Pada mulanya saya didatangi wakil RYE Productions (penganjur) yang mahu temukan saya dengan Hillary Ang. Mereka bercadang membuat persembahan yang bukan saja berbentuk nyanyian, tapi ada elemen interaktif dengan peminat. Saya anggap perkara hanya satu gurauan. "Tapi apabila mereka benar-benar serius, saya anggap ia satu penghormatan.

Awalnya ia hanya satu konsep kecil, tapi akhirnya dirancang menjadi besar kerana Astro Ria turut bekerjasama menjayakan konsert ini," kata pada sidang media konsert Hore Hore, baru-baru ini.

Mengakui dirinya bukan sehebat penyanyi terkenal lelaki lain, Aznil menganggap konsert ini satu ruang untuknya meneruskan kerjaya dalam skala lebih besar. Untuk itu dia merancang pelbagai elemen menarik bagi mengukuhkan lagi mutu konsert itu.

"Secara kebetulan 2011 adalah tahun ke-21 saya berada dalam bidang penyiaran, jadi bolehlah dikatakan ini konsert solo pertama saya. Belum pernah seorang pengacara diberi peluang begini. Bagusnya, konsert ini bertujuan untuk beri peluang kepada anak seni," katanya.

Aznil juga mahu penuhkan tempoh dua jam konsert itu dengan beberapa segmen dari zaman kanak-kanak, peringkat remaja dan terkini. Malah, tidak dilupakan ialah segmen penghargaan buat idolanya Allahyarham Haji Sudirman yang tidak pernah dilupakan daripada hidupnya.

"Saya ada pilihan lagu-lagu yang boleh dikongsi dengan peminat pelbagai peringkat umur. Saya juga bercadang menyanyikan lagu-lagu indie dan nyanyikan lagu-lagu popular artis wanita termasuk 'tribute' untuk Sudirman. "Saya bawa semangat dan kreativiti Sudirman, bukannya meniru bulat-bulat konsep persembahannya. Saya letakkan Allahyarham sebagai tanda aras untuk berjaya. Saya berhasrat salurkan sebahagian kutipan konsert ini ke rumah kebajikan," katanya.


Aznil yang agak gusar dengan keadaan cuaca yang tidak menentu akhir-akhir ini sedang giat membuat persiapan. Dia kini membuat rutin senaman ringan untuk memantapkan stamina. Dia yang pernah merakamkan album, turut giat mengasah semula suaranya untuk konsert itu. "Dulu saya memang pernah menyanyi di kelab sebelum masuk bidang penyiaran. Saya pernah menyanyi untuk persembahan syarikat korporat yang diselang seli dengan usikan terhadap penonton. Orang boleh terima kualiti nyanyian saya, kerana kesilapan dan kekurangan saya sebenarnya satu kelucuan. Hiburan bagi saya sesuatu yang subjektif," katanya.

Hadir sama pada sidang media itu ialah Pengarah Teknikal RYE Productions Sdn Bhd Eddy Rahman dan Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi. Selain konsert, Karnival Hore Hore turut akan diadakan bermula pada jam 10 pagi hari yang sama. Tiket untuk individu bernilai RM50 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak. Manakala rombongan kanak-kanak sekolah seramai 50 yang berpakaian seragam akan dikenakan tiket RM15 seorang. Selain itu ada pakej keluarga, VIP dan Ekonomi.

Credit to myMetro

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Glee!

Glee!
(Sticky) Catch Glee Season 2 every Wednesday

~EarLy eD!TiOn~

~EarLy eD!TiOn~
(STICKY) The best TV Series EVER!!! *4 me of coz* ^_^