Hari ni aku nak kongsi sikit pasal artikel yang cukup menarik perhatian aku. Tanpa membuang masa lagi ni aku share dengan korang pasal tajuk di atas tu..
Kenapa tak boleh tidur lepas Subuh? ada bahayanya..

Kita telah ketahui bersama bahawa waktu pagi adalah waktu yang penuh barakah dan di antara waktu yang kita diperintahkan untuk memanfaatkannya. Akan tetapi, pada kenyataannya kita banyak melihat orang-orang melalaikan waktu yang mulia ini. Waktu yang seharusnya dipergunakan untuk bekerja, melakukan ketaatan dan beribadah, ternyata dipergunakaan untuk tidur dan bermalas-malasan.
