BANNER


Banner

CLICK THIS PLZ!

***CLICK ME PLEASE*** (TQVM :D)

WELCOME!


I made this widget at MyFlashFetish.com.

WELCOME to B3sG!LeR's NeSt

WELCOME to B3sG!LeR's NeSt!

Welcome to my blog!

Therefore, if you have some ideas and comments, don't forget to message me or leave message on the shoutbox!

Thanks for viewing and don't forget to follow my blog! ^_^

Enjoy ur stay here @ B3sG!LeR's NeSt

FOOTNOTE: For those who don't understand 'Malay' and 'English' language, please use 'Google Translate' or any other translator. Thanks a lot and stay tuned!

THANKS FOR YOUR SUPPORT. THE BLOG IS RUNNING FOR OVER 2 YEARS NOW!

EXCHANGE LINKS

EXCHANGE LINKS YOUR BLOG URL HERE! *EASY FOR BLOGWALKING*

HISTATS

SHOUTBOX

SHOUT HERE! PLZ TINGGALKAN LINK BLOG ANDA UNTUK DIJEJAK DI ATAS NI (MISTER LINKY) BUKAN KAT SHOUTBOX NI SEBAB SUSAH NAK JEJAK GUNA DUA-DUA.. TQVM :D

FACEBOOK LIKE

Wednesday, January 19, 2011

Darren Bent ke Aston Villa!

Assalamualaikum w.b.t.

Korang kenal tak Darren Bent tu siapa? Haha.. yang tak layan bola tu memang tak tahu la.. tapi kalau yang layan BPL atau Barclays Premierleague mesti tahu kan.. Darren Bent ni pemain Sunderland.


Hari ni aku nak post pasal Darren Bent sebab dia antara player yang hangat dalam January Transfer Window belakang Edin Dezeko yang berpindah ke Manchester City dari Wolfsburg.

Darren Bent ni berpindah dari kelab Sunderland ke Aston Villa degan harga 18 juta.. banyak tuu.. Daren Bent ni pun bukan calang-calang player.. Skill dia boleh tahan la menarik juga..

Ikuti berita lanjut..






DARREN Bent mengakui tekanan kerana harga perpindahan menyebabkannya gagal menyerlah di Tottenham Hotspur, namun menegaskan dia mampu menanganinya kali ini sebagai pemain yang melakar rekod perpindahan di Aston Villa.

Villa sudah membelanjakan 18 juta (RM88 juta) - kemungkinan meningkat kepada 24 juta (RM117 juta) - untuk mendapatkan penyerang Sunderland itu menerusi kontrak selama empat setengah tahun.

Bent, 26, akan membuat kemunculan sulungnya buat Villa Sabtu ini pada pertemuan menentang pasukan yang memburu kejuaraan, Manchester City.

Villa, yang kini menghuni tangga ke-17 Liga Perdana Inggeris, amat terdesak dan berharap Bent dapat menyelesaikan masalah kemarau gol untuk melonjakkan mereka dalam carta liga.


Pemain antarabangsa England itu yakin dia akan bertindak cemerlang, sekalipun gagal melakukannya buat Tottenham selepas kelab London itu membayar Charlton 16.5 juta (RM81 juta) untuk mendapatkan khidmatnya pada Jun 2007.


Bent turut menegaskan dia bukannya seorang mata duitan selepas meninggalkan Black Cats sesudah hanya 18 bulan beraksi buat kelab itu.

“Di Charlton, saya mungkin boleh pergi ke West Ham untuk mendapat bayaran berganda tapi memilih Spurs kerana alasan bola sepak dan saya melakukan perkara sama di sini,” kata Bent, yang meminta untuk berpindah Ahad lalu.

“Apabila saya pergi ke Spurs, tanda harga menjejaskan saya. Orang bertanya kepada saya mengenainya ketika itu dan saya berkata ia tidak menjejaskan saya, tapi secara jujur ia mengganggu kerana saya agak muda dan orang bercakap mengenainya.

“Ia melemahkan semangat saya sedikit dan saya gementar setiap kali turun ke padang.

“Tapi ia hanya angka yang Villa bersedia untuk membayar dan saya tidak akan memikirkan mengenainya. Saya sudah tua dan lebih matang sekarang dan bermain lebih banyak perlawanan dalam Liga Perdana.”

Bekas penyerang Ipswich Town, Charlton Athletic, Tottenham dan Sunderland itu sudah menjaringkan 82 gol dalam 192 penampilan pada Liga Perdana.

Sejak musim panas 2005, hanya Didier Drogba dan Wayne Rooney menjaringkan lebih banyak gol dalam liga utama.

Kini Bent berhasrat untuk menambah jumlah 11 golnya musim ini dengan membantu pemain sayap, Stewart Downing dan Ashley Young.

Dia berkata: “Kedudukan Aston Villa ketika ini adalah satu kesilapan.

“Mereka memiliki beberapa pemain kreatif dalam skuad, seperti Downing dan Young.
“Ia satu barisan sokongan yang fantastik, jadi saya hanya perlu tenang dan cuba menyempurnakannya.”

Kejayaan memiliki Bent membuktikan pemilik Villa, Randy Lerner menyokong pengurus Gerard Houllier, sekalipun pengendali berbangsa Perancis itu berdepan situasi sukar sejak tiga September lalu.

Ia juga menandakan perubahan polisi sejak musim panas lalu apabila Lerner berkata beliau akan menjual pemain sekiranya mahu membeli pemain lain dan mendedahkan beliau mahu mengurangkan bil gaji tahunan Villa yang mencecah 70 juta (RM342 juta).

“Ini bukannya satu pembelian terdesak,” tegas Houllier.

“Ini adalah peristiwa penting buat Aston Villa. Ia adalah satu mesej mengenai impian sebuah kelab.”

PROFIL

NAMA PENUH: Darren Ashley Bent
TARIKH LAHIR: 6 Februari 1984
TEMPAT LAHIR: Tooting, England
TINGGI: 1.80 meter
POSISI: Penyerang
KELAB SEMASA: Aston Villa
NOMBOR JERSI: 39

KARIER SENIOR:
# 2001-2005 Ipswich Town
# 2005-2007 Charlton Athletic
# 2007-2009 Tottenham Hotspur
# 2009-2011 Sunderland
# 2011-kini Aston Villa

PASUKAN KEBANGSAAN:
# 2000-2001 England B-15, B-16, B-17
# 2002 England B-19
# 2003-2005 England B-21
# 2006-kini England (7 perlawanan, 1 gol)

Credit to myMetro

2 comments:

  1. bent !!!!! haha ....better than not on form punya rooney ~zzz haha ^^

    ReplyDelete
  2. betul2.. masuk2 aston villa je terus gol.. mmg superb la gak dia ni..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Glee!

Glee!
(Sticky) Catch Glee Season 2 every Wednesday

~EarLy eD!TiOn~

~EarLy eD!TiOn~
(STICKY) The best TV Series EVER!!! *4 me of coz* ^_^