BANNER


Banner

CLICK THIS PLZ!

***CLICK ME PLEASE*** (TQVM :D)

WELCOME!


I made this widget at MyFlashFetish.com.

WELCOME to B3sG!LeR's NeSt

WELCOME to B3sG!LeR's NeSt!

Welcome to my blog!

Therefore, if you have some ideas and comments, don't forget to message me or leave message on the shoutbox!

Thanks for viewing and don't forget to follow my blog! ^_^

Enjoy ur stay here @ B3sG!LeR's NeSt

FOOTNOTE: For those who don't understand 'Malay' and 'English' language, please use 'Google Translate' or any other translator. Thanks a lot and stay tuned!

THANKS FOR YOUR SUPPORT. THE BLOG IS RUNNING FOR OVER 2 YEARS NOW!

EXCHANGE LINKS

EXCHANGE LINKS YOUR BLOG URL HERE! *EASY FOR BLOGWALKING*

HISTATS

SHOUTBOX

SHOUT HERE! PLZ TINGGALKAN LINK BLOG ANDA UNTUK DIJEJAK DI ATAS NI (MISTER LINKY) BUKAN KAT SHOUTBOX NI SEBAB SUSAH NAK JEJAK GUNA DUA-DUA.. TQVM :D

FACEBOOK LIKE

Tuesday, January 18, 2011

Filem Khurafat Pungut RM2.5 Juta Empat Hari

Assalamualaikum w.b.t,

Post aku kali ni pasal filem 'Khurafat'.


Apasal cerita seram makin laku sekarang ehh.. Aku pun tak faham.. Memang ramai orang suka tengok cerita seram sekarang eh.. Sebelum ni Ngangkung, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Jangan Pandang Belakang Congkak 2 dan banyak lagi pun boleh tahan juga success..

Yang aku salute cerita ni pun mengutip hasil yang lumayan.. RM2.5 Juta tu dalam masa empat hari je.. Memang tabik la dengan Syamsul Yusof yang baru je nak buat filem seram yang pertama.. lepas dia asyik buat cerita aksi je..

Apapun jom tengok apa lagi cerita dia.. Haa.. aku bukannya berani sangat tengok cerita seram ni.. huhu.. =.='






PERCUBAAN pertama pengarah muda, Syamsul Yusof menghasilkan filem seram, membuahkan hasil apabila Khurafat - Perjanjian Syaitan membuka tirai 2011 dengan kutipan membanggakan, RM2.5 juta untuk tempoh empat hari tayangan.

Filem terbitan Skop Productions Sdn Bhd yang turut ditunjangi Syamsul sebagai watak utama bersama Liyana Jasmay, Sabrina Ali, Salina Saibi, Fauziah Nawi, Mariani dan Latif Borgiba, mendapat perhatian peminat filem Melayu sejak mula ditayangkan di pawagam pada 13 Januari lalu.
Produsernya, Datuk Yusof Haslam berkata, kejayaan ini cukup membanggakan kerana ia percubaan pertama Syamsul untuk mencuba pelbagai genre selepas dikenali dengan filem aksi.

Katanya, sebagai bapa sudah tentu memberi galakan sepenuhnya kepada Syamsul dan turut memberi tunjuk ajar terutama bagi genre seram yang ada kaitan dengan agama.



“Ternyata sentuhan pertamanya mendapat maklum balas cukup baik daripada media dan peminat filem Melayu. Sejak pra-tonton dengan media lagi, mereka mengatakan filem ini ada potensi mencatat kutipan yang baik.


“Tinjauan kami ke beberapa panggung juga menunjukkan sambutan memang meriah. Paling membanggakan, apabila mereka memberi tepukan apabila selesai saja tayangannya.

“Sememangnya sambutan diberikan untuk Khurafat paling meriah berbanding tiga filem arahannya sebelum ini, Evolusi KL Drift, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam dan Evolusi KL Drift 2.

“Bagaimanapun, dari segi jumlah kutipan untuk empat hari, ia hampir sama dengan KL Drift 2,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Yusof berharap Khurafat turut mencatat kejayaan besar seperti KL Drift 2 yang mencatat lebih RM5 juta.

Katanya, berdasarkan kutipan empat hari tayangan, pihaknya yakin Khurafat mampu mengulangi kejayaan KL Drift 2.

“Kejayaan awal ini memberi kepuasan dan semangat kepada Syamsul yang begitu berdebar-debar menantikan tayangannya sebelum ini.

“Waktu sama, Syamsul kini sibuk di lokasi filem barunya, lanjutan dari filem Bohsia, Jalan Kembali yang memulakan penggambaran di Dataran Merdeka, hari ini (semalam).

“Skripnya lebih kemas dan sarat dengan mesej untuk memimpin mereka kembali ke jalan yang benar.

“Semangat ini Syamsul dapat selepas menghasilkan Khurafat yang banyak paparkan pengajaran agama,” katanya.

Mengenai rahsia kejayaan Khurafat, Yusof tidak menolak kejayaan Syamsul di Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) untuk Pengarah Terbaik turut membantu kerana mereka ingin melihat sentuhan terbarunya, apatah lagi menerusi genre seram.

“Walaupun kejayaannya di FFM23 dipertikaikan, ternyata ada kemanisan apabila Syamsul turut meraih kejayaan di Anugerah Skrin 2010, begitu juga pencalonannya di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010) untuk Pelakon Filem Lelaki Popular,” katanya.

Credit to myMetro

6 comments:

  1. omg ! gempak gile . 2.5 juta tuhhh

    ReplyDelete
  2. F
    U
    U
    U
    Y
    O
    O

    sememangnya LAYAK mndpt jumlah itu

    ReplyDelete
  3. Lelaki Ini> dah tengok ke? kalau kutipan dah setinggi tu mesti best ni..

    ReplyDelete
  4. shahrul> tahu tape.. jom tengok masa cuti nanty..

    ReplyDelete
  5. mr. syazwan> huu.. boleh cabar Ngangkung ni.. huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Glee!

Glee!
(Sticky) Catch Glee Season 2 every Wednesday

~EarLy eD!TiOn~

~EarLy eD!TiOn~
(STICKY) The best TV Series EVER!!! *4 me of coz* ^_^