BANNER


Banner

CLICK THIS PLZ!

***CLICK ME PLEASE*** (TQVM :D)

WELCOME!


I made this widget at MyFlashFetish.com.

WELCOME to B3sG!LeR's NeSt

WELCOME to B3sG!LeR's NeSt!

Welcome to my blog!

Therefore, if you have some ideas and comments, don't forget to message me or leave message on the shoutbox!

Thanks for viewing and don't forget to follow my blog! ^_^

Enjoy ur stay here @ B3sG!LeR's NeSt

FOOTNOTE: For those who don't understand 'Malay' and 'English' language, please use 'Google Translate' or any other translator. Thanks a lot and stay tuned!

THANKS FOR YOUR SUPPORT. THE BLOG IS RUNNING FOR OVER 2 YEARS NOW!

EXCHANGE LINKS

EXCHANGE LINKS YOUR BLOG URL HERE! *EASY FOR BLOGWALKING*

HISTATS

SHOUTBOX

SHOUT HERE! PLZ TINGGALKAN LINK BLOG ANDA UNTUK DIJEJAK DI ATAS NI (MISTER LINKY) BUKAN KAT SHOUTBOX NI SEBAB SUSAH NAK JEJAK GUNA DUA-DUA.. TQVM :D

FACEBOOK LIKE

Sunday, January 30, 2011

Anugerah Razzie Ke-31: Calon Pelakon Paling Teruk

Assalamualaikum w.b.t,

Setelah lama mendiamkan diri hampir seminggu tak update blog, Hari ni baru sempat nak update.. ye la.. 2-3 hari ni bercuti kan.. Nak tahu aku pergi mana? Tunggu post aku yang akan datang.. :D

Calon Pelakon Paling Teruk? Haha selalunya dengar untuk award pelakon terbaik kan? Ganjil betul award ni untuk award pelakon yang paling teruk.. Tambah lagi kalau pelakon yang tak terkenal tak apa la juga.. Ni cuba tengok siapa? Jennifer Aniston tuu!! Siapa sangka kan.. Mesti ramai peminat dia tak suka dengan award ni.. Haha.. tengok je la siapa yang menang nanti.. Tapi reaksi menang nanti nak suka ke tak? Menang sebab dapat award tak suka sebab award teruk! Kahkahkah..

MENGECEWAKAN...Jennifer dicalonkan untuk filem The Bounty Hunter.

Jom tengok siapa lagi tercalon selain Jennifer Aniston..



Pencalonan untuk Anugerah Tahunan Rasberry Emas (Razzie) yang ke-31, yang memberi penghormatan untuk filem dan pelakon paling teruk tahun lalu sudah diumumkan dan ia termasuk aktres paling terkenal Hollywood.

   Foto

ANTARA YANG TERUK...Kristen Stewart, pelakon filem The Twilight Saga.

TERUK...Robert Pattinson, juga berlakon dalam filem The Twilight Saga: Eclipse.

Meskipun terdapat banyak filem yang teruk tahun lalu, dua yang paling jelas dan mengetuai pencalonan: The Twilight Saga: Eclipse, dan The Last Airbender.

Dan calon untuk Anugerah Aktres Paling Teruk ialah Megan Fox, Jennifer Aniston, Miley Cyrus dan Kristen Stewart.

The Twilight Saga: Eclipse dan The Last Airbender, masing-masing dicalonkan untuk sembilan anugerah.

Lebih menarik lagi, semua pelakon utama dicalonkan untuk menerima setiap anugerah yang ditawarkan.

Pengasas Razzie, John Wilson berkata: "Saya tahu mereka yang meminati Twilight begitu taksub terhadap filem berkenaan dan mereka sungguh lantang dalam berbicara mengenai filem itu. Tetapi bagi mereka yang tidak meminati filem seumpama itu, mereka tidak memahaminya.

"Saya sebenarnya tidak faham mengapa ada remaja perempuan perlu membuat pilihan antara serigala jadian dengan pontianak.

Di samping Robert dan Taylor Lautner dalam senarai aktor paling teruk ialah Jack Black yang berlakon dalam komedi fantasi, Gulliver's Travels, Gerard Butler dalam The Bounty Hunter dan Ashton Kutcher untuk filem komedi, Killers dan filem kisah asmara, Valentine's Day.

Penerbit filem The Last Airbender, M Night Shyamalan dicalonkan untuk anugerah Razzie bagi pengarah dan filem paling teruk.

"Filem itu hanya membabitkan bahasa yang berbelit dan itu sama sekali tidak logik," kata Wilson.

Turut dicalonkan untuk filem paling teruk ialah The Bounty Hunter yang turut dilakonkan oleh Jennifer Aniston, Sex and the City 2, lakonan Sarah Jessica Parker.

Sarah, Cynthia Nixon, Kim Cattrall dan Kristin Davis dicalonkan untuk Anugerah Aktres Paling Teruk sementara Cher, Liza Minnelli dan Barbra Streisand dicalonkan untuk pembantu aktres paling teruk.

Megan Fox dicalonkan untuk aktres paling teruk untuk peranannya dalam Jonah Hex, sementara Miley Cyrus dicalonkan kerana peranannya dalam filem sedih arahan Nicholas Sparks, The Last Song.

Bapa Miley, Billy Ray Cyrus pula dicalonkan untuk pembantu aktor paling teruk menerusi filemnya The Spy Next Door.

Pemenang anugerah Razzie dipilih oleh kira-kira 600 pengundi dan keputusannya akan diumumkan pada 26 Februari, sehari sebelum majlis anugerah Oscar. - DM

Credit to myMetro

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Glee!

Glee!
(Sticky) Catch Glee Season 2 every Wednesday

~EarLy eD!TiOn~

~EarLy eD!TiOn~
(STICKY) The best TV Series EVER!!! *4 me of coz* ^_^