BANNER


Banner

CLICK THIS PLZ!

***CLICK ME PLEASE*** (TQVM :D)

WELCOME!


I made this widget at MyFlashFetish.com.

WELCOME to B3sG!LeR's NeSt

WELCOME to B3sG!LeR's NeSt!

Welcome to my blog!

Therefore, if you have some ideas and comments, don't forget to message me or leave message on the shoutbox!

Thanks for viewing and don't forget to follow my blog! ^_^

Enjoy ur stay here @ B3sG!LeR's NeSt

FOOTNOTE: For those who don't understand 'Malay' and 'English' language, please use 'Google Translate' or any other translator. Thanks a lot and stay tuned!

THANKS FOR YOUR SUPPORT. THE BLOG IS RUNNING FOR OVER 2 YEARS NOW!

EXCHANGE LINKS

EXCHANGE LINKS YOUR BLOG URL HERE! *EASY FOR BLOGWALKING*

HISTATS

SHOUTBOX

SHOUT HERE! PLZ TINGGALKAN LINK BLOG ANDA UNTUK DIJEJAK DI ATAS NI (MISTER LINKY) BUKAN KAT SHOUTBOX NI SEBAB SUSAH NAK JEJAK GUNA DUA-DUA.. TQVM :D

FACEBOOK LIKE

Friday, January 21, 2011

Facebook Menang Besar!

Assalamualaikum w.b.t,

Facebook yang memang popular sekarang menang besar sehingga merangkul 4 anugerah menerusi filem 'The Social Network'.


FILEM Facebook, The Social Network yang menceritakan kejayaan pengasas rangkaian sosial, Facebook yang sangat popular ketika ini sehingga mencetuskan fenomena antarabangsa, menang empat anugerah termasuk Filem Terbaik kategori Drama Anugerah Golden Globe ke-68, semalam.

Memang terbaik la Facebook.. haha,, siapa yang tak guna Facebook tu aku tak tahu la nak cakap apa.. haha.. :P

Ok la.. Ikuti berita lanjut di sini..





Dalam majlis berlangsung dengan meriah di Hotel Beverly Hilton, Beverly Hills, California, tiga lagi anugerah yang dimenangi filem itu ialah Pengarah Terbaik (David Fincher), Penulis Lakon Layar Terbaik (Aaron Sorkin) dan Muzik Skor Terbaik. Dengan kejayaan ini, membuka laluan lebih besar untuk Facebook, The Social Network menang Oscar di Anugerah Academy nanti.
Produser filem itu, Scott Rudin, yang menerima anugerah itu berkata, filem itu adalah sebuah metafora mengenai dunia komunikasi hari ini dan menyaksikan bagaimana orang zaman moden berhubung antara satu sama lain.

Sementara itu, filem The Kids Are All Right, pula menang Filem Muzikal/Komedi terbaik. Ia mengetengahkan kisah dua kehidupan dua wanita lesbian yang cuba menyatukan keluarga mereka yang berpecah belah.



Pelakon utama filem ini, Annette Bening diangkat sebagai Aktres Terbaik sekali gus berjaya menewaskan Julianne Moore. Dalam filem ini, Annette dan Julianne digandingkan sebagai pasangan lesbian yang mana mereka berdua berjaya memaparkan lakonan berkesan. Meskipun Julianne juga adalah pelakon hebat, keputusan juri lebih berpihak kepada Annette


“Terdahulu, saya patut berterima kasih kepada Julianne yang mengajak saya berlakon dalam filem ini. Bekerja bersamanya sangat menyenangkan. Julianne
seorang pelakon yang bagus dan sangat berbakat,” katanya.

Aktres lain yang menjadi saingan Annette ialah Anne Hathaway yang berlakon dalam filem Love and Other Drugs, Angelina Jolie (The Tourist) dan Emma Stone (Easy A).

Aktor dari Britain, Colin Firth, yang beraksi dalam filem The King’s Speech, pula menang Aktor Terbaik. Dalam filem itu dia menghidupkan wataks King George VI.

Manakala Natalie Portman yang sedang hamil hasil hubungan dengan tunangnya, Benjamin Millepied menang Aktres Terbaik hasil lakonannya yang mendapat pujian ramai dalam filem Black Swan.

“Terima kasih kepada keluarga yang ‘membawa’ saya ke dunia yang indah ini. Juga terima kasih kepada tunang saya yang menambahkan lagi keindahan hidup saya,” katanya.

Natalie menewaskan Halle Berry (Frankie and Alice), Nicole Kidman (Rabbit Hole), Jennifer Lawrence (Winter’s Bone) dan Michelle Williams (Blue Valentine). Untuk kategori Filem Komedi/Muzikal, Paul Giamatti menang Aktor Terbaik menerusi lakonannya dalam filem Barney’s Version.

Melengkap lagi majlis penganugerahan itu, filem drama tinju, The Fighter menang dua anugerah apabila dua pelakonnya, Christian Bale dan Melissa Leo menang Aktor dan Aktres Pembantu Terbaik.

Toy Story 3 pula terpilih Filem Animasi Terbaik dan In A Better World diangkat sebagai Filem Bahasa Asing Terbaik. Turut mendapat penghargaan, pelakon berkarisma, Robert De Niro menerima anugerah Cecil B DeMille. Ia disampaikan aktor Matt Damon.

Untuk kategrori TV, HBO menang empat anugerah menerusi tiga drama terbitannya, Broadwalk Empire, You don’t know Jack, Temple Grandin, manakala drama remaja kolej, Glee menang tiga anugerah iaitu Drama Siri, Muzikal, Komedi Terbaik, Anugerah Aktor dan Aktres Terbaik menerusi lakonan Chris Colfer dan Jane Lynch.

Drama Broadwalk Empire dinobatkan sebagai Drama Terbaik. Drama yang dicalonkan untuk kategori sama, Dexter, The Good Wife, Mad Men dan The Walking Dead.

Manakala Katey Sagal menang Aktres Terbaik (Sons of Anarchy) dan Steve Buscemi menjulang trofi Aktor Terbaik (Broadwalk Empire).

Mereka yang muncul sebagai penyampai anugerah, Tom Hanks, Chris Hemsworth, LL Cool J, Scarlett Johansson, Joseph Gordon-Levitt, Jimmy Fallon, Chris Evans, Robert Downey, Jr, Kaley Cuoco, Sandra Bullock, Julie Bowen, Jeremy Irons, Milla Jovovich, Tina Fey, Alec Baldwin, Warren Beatty, Tim Allen, Megan Fox, Jane Fonda, Jeff Bridges, Matt Bomer, Tilda Swinton, Sylvester Stallone, Geoffrey Rush, Renee �Zellweger, Blair Underwood, Zac Efron, Olivia Wilde, Steve Carell, Andrew Garfield, January Jones, Alicia

Keys, Eva Longoria, Julianne Moore, Michelle Pfeiffer, Kevin Bacon, Helen Mirren, Kevin Spacey, Hailee Steinfeld, Vanessa Williams, Matt Damon, Garrett Hedlund, Jennifer Lopez, Leighton Meester dan Robert Pattinson.

Antara artis yang membuat persembahan, Elton John dan Justin Bieber. Majlis anugerah itu dihoskan Ricky Gervais. Golden Globe Award adalah antara majlis anugerah terbesar di Hollywood dan menjadi penanda aras kepada Anugerah Academy.

Credit to myMetro

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Glee!

Glee!
(Sticky) Catch Glee Season 2 every Wednesday

~EarLy eD!TiOn~

~EarLy eD!TiOn~
(STICKY) The best TV Series EVER!!! *4 me of coz* ^_^