BANNER


Banner

CLICK THIS PLZ!

***CLICK ME PLEASE*** (TQVM :D)

WELCOME!


I made this widget at MyFlashFetish.com.

WELCOME to B3sG!LeR's NeSt

WELCOME to B3sG!LeR's NeSt!

Welcome to my blog!

Therefore, if you have some ideas and comments, don't forget to message me or leave message on the shoutbox!

Thanks for viewing and don't forget to follow my blog! ^_^

Enjoy ur stay here @ B3sG!LeR's NeSt

FOOTNOTE: For those who don't understand 'Malay' and 'English' language, please use 'Google Translate' or any other translator. Thanks a lot and stay tuned!

THANKS FOR YOUR SUPPORT. THE BLOG IS RUNNING FOR OVER 2 YEARS NOW!

EXCHANGE LINKS

EXCHANGE LINKS YOUR BLOG URL HERE! *EASY FOR BLOGWALKING*

HISTATS

SHOUTBOX

SHOUT HERE! PLZ TINGGALKAN LINK BLOG ANDA UNTUK DIJEJAK DI ATAS NI (MISTER LINKY) BUKAN KAT SHOUTBOX NI SEBAB SUSAH NAK JEJAK GUNA DUA-DUA.. TQVM :D

FACEBOOK LIKE

Thursday, December 16, 2010

Piala AFF Suzuki 2010: Malaysia 2 - Vietnam 0

Assalamualaikum w.b.t,

Aku rasa tak terlambat lagi untuk aku tulis entry ni... Mesti ramai happy sebab Malaysia menewaskan Vietnam 2-0 dalam aksi semalam yang cukup menghiburkan di Stadium Nasional Bukit Jalil.. Well, aku pun tumpang gembira sebab Malaysia menang dalam aksi mereka dalam separuh akhir pertama..



Harap-harap diaorang kekalkan la prestasi yang cemerlang ni.. Ura-uranya juga gara-gara team Malaysia pakai jersi biru pun faktor diaorang menang. Betul ke? Betul la tu kot.. :P



MALAM Safee Sali dan Safiq Rahim. Gandingan dua ‘S’ dari Selangor itu cukup menghiburkan penyokong di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi sekali gus meleraikan tanggapan negatif serta persoalan mengenai kemampuan skuad muda bimbingan ketua jurulatih K Rajagobal itu pada saingan separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF 2010.

Di mana ada Safiq, di situlah Safee tampil untuk membantu dan dua gol diledak penyerang Selangor itu meleburkan ego Vietnam yang turun sebagai juara bertahan sekali gus menjanjikan bekalan yang cukup lumayan untuk aksi kedua di Stadium Nasional MyDinh, Hanoi, Sabtu ini.


Gol Safee pada minit ke-61 dan 80 memberikan kemenangan selesa 2-0 Malaysia ke atas Vietnam sekali gus menyaksikan impian pemain muda negara untuk ke perlawanan akhir buat kali pertama dalam tempoh 14 tahun, semakin cerah.

Kehadiran lebih 50,000 penyokong di Stadium Nasional malam tadi benar-benar membakar semangat anak buah Rajagobal dan keinginan untuk menang mula terpancar sejak wisel permainan dibunyikan pengadil dari China, Sun Baojie.

Malaysia melakukan banyak asakan yang boleh dianggap berbahaya tetapi benteng pertahanan Vietnam yang dikemudi pemain senior, Vu Nhu Tanh ternyata kebal.

Kudrat S Kunanlan di bahagian sayap kanan banyak digunakan pada setiap serangan tetapi sering juga hantaran lintang dilakukan pemain Negeri Sembilan itu sia-sia serta gagal menemui rakan terutama gandingan penyerang, Nor Shahrul Idlan Talaha dan Safee sambil dibantu Amirulhadi Zainal.

Peluang terbaik Malaysia pada separuh masa pertama adalah melalui pemain pertahanan, Mohd Fadhli Mohd Shas pada minit ke-40 tetapi dia gagal melakukan rembatan dalam kotak penalti selepas mendapat bola sepakan sudut Safiq.

Penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat turut bertindak cemerlang pada minit terakhir separuh masa pertama dengan menyelamatkan sepakan percuma kapten Vietnam, Nguyen Minh Phuong.

Benteng pertahanan juga banyak mendapat pujian Rajagobal tetapi beliau mengingatkan pemain masih ada 90 minit lagi sebelum mereka benar-benar boleh dianggap berjaya.

Gol yang dicari skuad negara muncul pada minit ke-56 hasil tandukan Safee tetapi dibatalkan pengadil akibat ofsaid dan tiga minit kemudian, Kunanlan yang memperdayakan tiga pertahanan lawan, sempat melepaskan rembatan kencang yang hampir menggegar gawang Vietnam tatkala penjaga gol, Bui Tan Truong sudahpun tertewas.

Kekecewaan Safee selepas jaringan pertama dibatalkan, ditebus menerusi tandukan yang menggegar jaring Vietnam untuk menjadikan kedudukan 1-0 hasil sepakan percuma yang diambil Safiq pada minit ke-61.

Vietnam yang semakin terdesak mencari gol penyamaan, mula beraksi agresif dan pemain yang paling kerap menjadi sasaran ialah Safiq hingga hampir mencetuskan ketegangan.

Safee benar-benar membuktikan dia ingin menjadi wira negara apabila meledak gol kedua pada minit ke-80 selepas bola yang dirembat Safiq, gagal ditangkap kemas oleh Tan Truong dan kesempatan itu diambil Safee yang pantas menghukum kesilapan penjaga gol itu.


Yang penting, pasukan Malaysia mesti fokus dalam separuh akhir kedua nanti yang akan berlangsung kat Vietnam. Mesti diaorang bermain-main habis-habisan punya la.. So, pasukan Malaysia kena berhati-hati untuk itu. Malaysia hanya perlu away goal je jika mereka kalah tipis.. (minta-minta nak la sapu bersih dua-dua match kan..hehe)

So, good luck kepada pasukan Malaysia! ^_^

Sumber & Gambar dari myMetro

4 comments:

  1. aku perhatikan dari dulu hingga sekarang, Malaysia byk menang kalau pakai jersi kaler biru.. kebetulan

    ReplyDelete
  2. YEAHHHHHHHHHHHH...malaysia !! haha ...but they still nid to work more harder and appreciate every opportunity they had

    ReplyDelete
  3. Rinie din> tu la dia tuah baju biru.. :) tengok masa malaysia pakai baju kuning.. tak score gol pun.. hehe

    ReplyDelete
  4. Eason> yeah.. & they are now in the finals.. they should train a lot harder to win the cup!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Glee!

Glee!
(Sticky) Catch Glee Season 2 every Wednesday

~EarLy eD!TiOn~

~EarLy eD!TiOn~
(STICKY) The best TV Series EVER!!! *4 me of coz* ^_^