BANNER


Banner

CLICK THIS PLZ!

***CLICK ME PLEASE*** (TQVM :D)

WELCOME!


I made this widget at MyFlashFetish.com.

WELCOME to B3sG!LeR's NeSt

WELCOME to B3sG!LeR's NeSt!

Welcome to my blog!

Therefore, if you have some ideas and comments, don't forget to message me or leave message on the shoutbox!

Thanks for viewing and don't forget to follow my blog! ^_^

Enjoy ur stay here @ B3sG!LeR's NeSt

FOOTNOTE: For those who don't understand 'Malay' and 'English' language, please use 'Google Translate' or any other translator. Thanks a lot and stay tuned!

THANKS FOR YOUR SUPPORT. THE BLOG IS RUNNING FOR OVER 2 YEARS NOW!

EXCHANGE LINKS

EXCHANGE LINKS YOUR BLOG URL HERE! *EASY FOR BLOGWALKING*

HISTATS

SHOUTBOX

SHOUT HERE! PLZ TINGGALKAN LINK BLOG ANDA UNTUK DIJEJAK DI ATAS NI (MISTER LINKY) BUKAN KAT SHOUTBOX NI SEBAB SUSAH NAK JEJAK GUNA DUA-DUA.. TQVM :D

FACEBOOK LIKE

Saturday, December 25, 2010

Rafael Benitez Dipecat Inter Milan

Assalamualaikum w.b.t,

Post aku kali ni nak cerita sikit pasal Rafael Benitez.


Kini, Rafael Benitez telah dipecat dari Inter Milan. Kesian dia.. lepas Liverpool buang dia Inter MIlan pula buang dia..haha.. nampaknya selalu juga la dia ni tukar kelab macam Mourinho pula.. cuma Mourinho lagi terer bab2 coach ni.. ya la sampai dah jadi coach Real Madrid.. Pergi ke mana pula lepas ni agaknya... Hmm.. tak apa la jom tengok article Metro yang membuatkan dia dipecat ni..


Pasukan juara Eropah, Inter Milan memecat jurulatih Rafael Benitez, beberapa hari selepas beliau membimbing mereka meraih gelaran Piala Kelab Dunia dan bakal digantikan bekas jurulatih AC Milan dari Brazil, Leonardo (gambar).

Kedua-dua pihak mencapai persetujuan bersama dalam menamatkan kontrak jurulatih Sepanyol itu, sekali gus mengakhiri spekulasi mengenai masa depan membabitkan bekas pengurus Liverpool itu yang menggunakan kemenangan Piala Kelab Dunia itu sebagai alasan untuk menentang ahli lembaga kelab berkenaan berhubung kurangnya sokongan dalam pasaran perpindahan selain mengecam beberapa pemain.

Inter yang mendapatkan Benitez selepas Jose Mourinho menyertai Real Madrid musim panas lalu mengeluarkan kenyataan ringkas yang mengesahkan tempoh kendalian jurulatih itu berakhir selepas berbincang dengan ejennya.

Inter mengucapkan terima kasih kepada Rafael Benitez kerana tugasnya membantu pasukan meraih kejayaan dalam Piala Super Itali dan Piala Kelab Dunia Fifa.

Benitez yang menjuarai Liga Juara-Juara bersama Liverpool pada 2005, menggalas tugas itu sejak Julai lalu selepas meninggalkan Liverpool dengan persetujuan bersama dan gagal meyakinkan penyokong Inter bahawa beliau mampu mengulangi kejayaan unik seperti dilakukan Jose Mourinho.

Mourinho yang tidak mempunyai hubungan baik dengan Benitez ketika masing-masing mengendalikan Chelsea dan Liverpool, meraih dua gelaran tempatan dan Liga Juara-Juara musim lalu.

Benitez dilihat bakal terus memegang jawatan itu selepas menang 3-0 ke atas Tout Puissant Mazembe dalam final Piala Kelab Dunia di Abu Dhabi dan biarpun ia bukan satu gelaran yang penting, masih menerima sambutan hangat daripada Presiden Inter, Massimo Moratti.

Bagaimanapun jurulatih berusia 50 tahun itu yang mencipta namanya dengan membimbing Valencia menggunakan sidang akhbar selepas perlawanan itu untuk mengecam lembaga kelab itu dan mendakwa beliau berhak dihormati.

Ia adalah lembaga sama yang menyokongnya biarpun mereka hampir layak ke pusingan kedua Liga Juara-Juara, menamatkan saingan di tempat kedua di belakang Spurs di peringkat kumpulan.

Inter berada di kedudukan ketujuh dalam kancah Serie A, ketinggalan 13 mata kepada AC Milan biarpun masih mempunyai kelebihan dua perlawanan

Sumber dari myMetro

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Glee!

Glee!
(Sticky) Catch Glee Season 2 every Wednesday

~EarLy eD!TiOn~

~EarLy eD!TiOn~
(STICKY) The best TV Series EVER!!! *4 me of coz* ^_^