BANNER


Banner

CLICK THIS PLZ!

***CLICK ME PLEASE*** (TQVM :D)

WELCOME!


I made this widget at MyFlashFetish.com.

WELCOME to B3sG!LeR's NeSt

WELCOME to B3sG!LeR's NeSt!

Welcome to my blog!

Therefore, if you have some ideas and comments, don't forget to message me or leave message on the shoutbox!

Thanks for viewing and don't forget to follow my blog! ^_^

Enjoy ur stay here @ B3sG!LeR's NeSt

FOOTNOTE: For those who don't understand 'Malay' and 'English' language, please use 'Google Translate' or any other translator. Thanks a lot and stay tuned!

THANKS FOR YOUR SUPPORT. THE BLOG IS RUNNING FOR OVER 2 YEARS NOW!

EXCHANGE LINKS

EXCHANGE LINKS YOUR BLOG URL HERE! *EASY FOR BLOGWALKING*

HISTATS

SHOUTBOX

SHOUT HERE! PLZ TINGGALKAN LINK BLOG ANDA UNTUK DIJEJAK DI ATAS NI (MISTER LINKY) BUKAN KAT SHOUTBOX NI SEBAB SUSAH NAK JEJAK GUNA DUA-DUA.. TQVM :D

FACEBOOK LIKE

Saturday, December 25, 2010

Vettel Bukti Kematangan

Assalamualaikum w.b.t,

Post kali ni aku nak cerita sikit pasal Sebastian Vettel.


Korang tahu tak Vettel ni siapa? Dia la juara F1 untuk tahun 2010. Aku memang salute la dia ni? Nak tahu sebab apa? Ye la... dia merupakan juara termuda untuk sukan F1 ni tau.. bukan calang-calang lagi dia ni.. muda lagi dah teror & sebaris pelumba-pelumba veteran yang lain seperti Michael Schumacher dan lain-lain lagi.. Even ada lagi pelumba yang dah lama berkecimpung masih belum bertuah untuk memiliki takhta tu tau.. Ok.. jom tengok lebih lanjut pasal dia ni.. artikel dari Metro juga.. :)



Pemandu berwajah kebudak-budakan, Sebastian Vettel mempamerkan keazaman bagaikan seorang pelumba veteran untuk mengatasi pencabarnya selain rakan sepasukan, untuk muncul juara Formula Satu dunia paling muda dalam sejarah.

Pelumba berusia 23 tahun itu mengatasi defisit 25 mata pada dua perlumbaan terakhir, memenangi perlumbaan akhir yang penuh mendebarkan di Abu Dhabi untuk meninggalkan Fernando Alonso, yang mendahului kejuaraan sebelum acara terakhir itu, kecewa.

“Menjadi juara dunia adalah satu sasaran yang saya idamkan sejak saya kecil lagi,” kata Vettel. “Tapi ini bukannya penamat, banyak lagi yang akan menyusul.”

Ia adalah musim yang penuh dramatik turun naik buat Vettel, yang mengalami perbalahan dengan rakan sepasukan Red Bull, Mark Webber.

Pemandu Australia itu mendahului kejuaraan dengan hanya berbaki dua perlumbaan hanya untuk menyaksikan kelebihannya ditenggelamkan oleh Vettel dan Alonso.

Walaupun dia menyalahkan nasib, ramai menyaksikan kekalahan Alonso adalah bahana daripada kelebihan diterimanya selepas arahan pasukan pada Grand Prix Jerman.

Alonso menikmati permulaan menakjubkan di Bahrain, menggunakan sepenuhnya masalah mekanikal pemenang petak utama, Vettel untuk meraih kejuaraan pada perlumbaan yang turut menyaksikan kehadiran tiga pasukan baru dan seorang muka lama yang begitu terkenal.

Virgin, Lotus dan Hispania bergelut sepanjang tahun, manakala juara dunia tujuh kali Michael Schumacher, kini berusia 41 tahun, membuat kemunculan semula yang kontroversi bersama Mercedes.

Pemandu hebat Jerman itu menghabiskan baki kempen dengan sering kali diatasi oleh rakan sepasukan yang lebih muda, Nico Rosberg.

Perlumbaan kedua di Australia menyaksikan juara bertahan Jenson Button, kini rakan sepasukan di McLaren bersama rakan senegara Lewis Hamilton, menjuarainya dengan harapan Vettel berkecai kerana masalah brek.

Vettel dan Webber berakhir satu-dua di Malaysia sebelum Button mendahului dengan 10 mata dalam kedudukan pemandu menerusi kemenangan di Shanghai.

Webber meraih kemenangan berturut-turut di Sepanyol dan Monaco, permulaan kepada rentetan 12 perlumbaan apabila pemandu Australia itu dan Hamilton berkongsi sebagai pendahulu.

Hubungan pemandu Australia itu dengan Vettel tiba kemuncaknya di Istanbul, apabila pemandu Jerman itu melanggar Webber yang bermula di petak utama dan kedua-duanya terkeluar daripada perlumbaan.

Hamilton dan Button mengemudi kemenangan satu-dua McLaren dan mengulangi pencapaian itu di Kanada.

Di litar jalanan Valencia, Vettel menghidupkan semula cabarannya dengan kemenangan manakala Webber tersingkir apabila terbabit dalam kemalangan hebat yang menyaksikan keretanya bergolek di atas kereta Lotus milik Heikki Kovalainen.

Di Silverstone, Webber mencatat kemenangan dan kemudian mendakwa pasukannya mengamalkan pilih kasih apabila sayap baru ditanggalkan daripada kereta Red Bull miliknya dan dipasang di kereta Vettel.

Ada kontroversi lagi apabila kemenangan Alonso pada Grand Prix Jerman dicapai selepas rakan sepasukan di Ferrari, Felipe Massa diminta memberi laluan 18 pusingan sebelum tamat.

Webber merampas kembali kedudukan sebagai pendahulu selepas perlumbaan Grand Prix Hungary yang penuh insiden.

Dia berakhir hampir 18 saat di depan Alonso dengan Vettel, diganggu kerana penalti tidak mengendahkan peraturan kereta keselamatan, kecewa di tangga ketiga.

Hamilton kembali sebagai pendahulu selepas meraih kemenangan di Belgium, yang pertama buatnya di litar terkenal Spa. Namun kembali menyokong Webber, yang merampas semula pendahuluan dengan kedudukan di tangga keenam di belakang pemenang Alonso di Monza, yang mana Vettel di tangga keempat.

Alonso menang di bawah cahaya lampu limpah di Singapura, hanya 0.2 saat di belakang Vettel, manakala kedudukan ketiga buat Webber meletakkannya kembali sebagai pendahulu dengan kelebihan 11 mata.

Vettel kembali mencabar dengan kemenangan kedua berturut-turut di Suzuka, kurang daripada satu saat di depan Webber dengan Alonso di tangga ketiga.

Perlumbaan sulung Grand Prix Korea Selatan berakhir hampir dalam cuaca gelap, dengan Alonso meraih kemenangan ketiga daripada empat perlumbaan untuk mendahului kejuaraan dengan 11 mata ke atas Webber, yang berakhir di tangga tercorot.

Vettel dan Webber meraih kejuaraan berganda buat Red Bull di Sao Paulo dengan Alonso menduduki tangga ketiga untuk mencetus perlumbaan penentu di Abu Dhabi, apabila Vettel meraih petak utama.

Webber bermula dari petak kelima sebelum merosot dalam kedudukan.

Alonso hanya perlu menamatkan perlumbaan di kelompok empat teratas untuk menyekat hasrat Vettel meraih kejuaraan tapi hanya mampu berakhir di tangga ketujuh. Webber pula di tangga kelapan. Vettel muncul juara dunia dengan hanya empat mata.

Sumber dari myMetro

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Glee!

Glee!
(Sticky) Catch Glee Season 2 every Wednesday

~EarLy eD!TiOn~

~EarLy eD!TiOn~
(STICKY) The best TV Series EVER!!! *4 me of coz* ^_^