BANNER


Banner

CLICK THIS PLZ!

***CLICK ME PLEASE*** (TQVM :D)

WELCOME!


I made this widget at MyFlashFetish.com.

WELCOME to B3sG!LeR's NeSt

WELCOME to B3sG!LeR's NeSt!

Welcome to my blog!

Therefore, if you have some ideas and comments, don't forget to message me or leave message on the shoutbox!

Thanks for viewing and don't forget to follow my blog! ^_^

Enjoy ur stay here @ B3sG!LeR's NeSt

FOOTNOTE: For those who don't understand 'Malay' and 'English' language, please use 'Google Translate' or any other translator. Thanks a lot and stay tuned!

THANKS FOR YOUR SUPPORT. THE BLOG IS RUNNING FOR OVER 2 YEARS NOW!

EXCHANGE LINKS

EXCHANGE LINKS YOUR BLOG URL HERE! *EASY FOR BLOGWALKING*

HISTATS

SHOUTBOX

SHOUT HERE! PLZ TINGGALKAN LINK BLOG ANDA UNTUK DIJEJAK DI ATAS NI (MISTER LINKY) BUKAN KAT SHOUTBOX NI SEBAB SUSAH NAK JEJAK GUNA DUA-DUA.. TQVM :D

FACEBOOK LIKE

Thursday, December 23, 2010

Pencapaian PMR Yang Terbaik Untuk Tahun 2010

Assalamualaikum w.b.t,

Hari ni aku nak kongsi kegembiraan kepada adik-adik yang baru sahaja memperoleh keputusan PMR mereka pada hari ni.. So, amacam.. ok tak result tu? Haha.. yang ok tu mesti dah siap-siap suruh parents belikan gadget yang termahal yang boleh korang fikirkan? Macam, handphone la, blackberry la, iphone la, PS3 la.. jangan kata ada yang nak motor pula.. Haha.. menangis ibu bapa korang... Bukan sebab terharu.. tapi sebab tak ada duit nak tunaikan permintaan tinggi korang tu..


Hmm.. cukup je la sampai di situ.. Ni aku nak kongsi sikit artikel pasal kejayaan adik-adik kita ni dalam PMR 2010.



Pencapaian calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun ini adalah yang terbaik berbanding empat tahun lalu dengan jumlah yang gagal dalam semua mata pelajaran semakin menurun. 

Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan, Mohd Adenan Deraman, berkata daripada 21,612 calon di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, jumlah yang mendapat A dalam semua mata pelajaran ialah seramai 1,850 orang, merosot sedikit berbanding 1,940 orang tahun lalu.

Bagaimanapun pencapaian minimum calon yang mendapat semua D (termasuk yang memperoleh semua A) meningkat sebanyak 0.07 peratus iaitu 6,363 orang berbanding 6,439 pada tahun lepas manakala bilangan calon yang mendapat semua E menurun daripada 20 orang pada tahun lepas kepada 16 orang pada tahun ini, katanya.
Beliau berkata tiga sekolah mengekalkan rekod kelulusan 100 peratus dalam peperiksaan PMR iaitu Sekolah Menengah (Sains) Selangor, Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur. 

Di IPOH, Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Mohd Idris Ramli berkata secara keseluruhannya, keputusan peperiksaan PMR di Perak pada tahun ini menunjukkan peningkatan daripada segi kualiti, kuantiti dan gred purata sekolah. 

Beliau berkata seramai 27,105 calon atau 64.83 peratus daripada 41,810 calon yang menduduki peperiksaan PMR tahun ini memperoleh keputusan A,B,C dan D dalam semua mata pelajaran yang diambil. 

Pencapaian itu menunjukkan peningkatan sebanyak 3.44 peratus berbanding keputusan PMR tahun lalu, katanya. 
Katanya berkata Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) muncul sebagai sekolah terbaik dengan mencatatkan kelulusan 100 peratus dalam PMR dengan 88 pelajarnya mencatatkan keputusan A dalam semua mata pelajaran yang diambil. 

Di ALOR SETAR, pencapaian Gred Purata Negeri bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Kedah meningkat sebanyak 0.021 iaitu 2.857 berbanding 2.878 pada tahun lalu. 

Pengarah Pelajaran Negeri, Abdullah Saad, berkata daripada seramai 35,909 calon seramai 1,981 calon berjaya mendapat semua A sama ada tujuh, lapan atau sembilan mata pelajaran yang diambil berbanding 1,736 orang pada tahun lalu. 

Beliau berkata peratus penguasaan tahap minimum dalam semua mata pelajaran juga meningkat iaitu 62.57 peratus berbanding 58.22 peratus pada tahun lalu. 

Di KUANTAN, pencapaian calon PMR yang menguasai semua mata pelajaran meningkat 3.6 peratus iaitu seramai 16,478 orang berbanding 15,714 orang pada tahun lalu. 

Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang, Yahya Zainal Abdidin, berkata pencapaian cemerlang yang mendapat semua A pada tahun ini juga meningkat iaitu 1,641 pelajar berbanding 1,367 pelajar pada tahun sebelumnya. 

Di PULAU PINANG, seramai 2,103 calon yang menduduki PMR berjaya memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran iaitu pencapaian 9A, 8A dan 7A berbanding sebanyak 1,971 pada tahun lalu. 

Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Ibrahim Mohamad, berkata jumlah calon yang mendapat 9A dalam semua mata pelajaran adalah seramai 131 orang, 8A sebanyak 1,521 calon manakala pelajar yang memperoleh 7A adalah 450 calon. 

Beliau berkata gred purata negeri meningkat kepada 2.70 pada tahun ini berbanding 2.72 pada tahun lalu. 

Di SEREMBAN, Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan Abdul Halim Abdul Razak berkata pada keseluruhannya, pencapaian calon PMR adalah yang terbaik daripada perbandingan tiga tahun. 

Beliau berkata pencapaian cemerlang (semua A) calon dalam PMR 2010 meningkat sebanyak 64 orang meningkat 0.62 peratus iaiatu 1,482 orang berbanding 1,418 pada tahun lalu. 

Di KANGAR, seramai 333 calon atau 7.41 peratus daripada 4,494 calon PMR di Perlis mencatat A dalam semua mata pelajaran. 

Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri, Abdul Hadi Harun, berkata angka itu meningkat sebanyak 51 calon berbanding 282 calon memperoleh A dalam semua mata pelajaran tahun lalu manakala peratus pencapaian tahun lalu sebanyak 6.10 peratus. 

Beliau berkata tujuh calon mencatat 7A, 258 orang memperoleh 8A dan 68 orang mendapat 9A. 

Tiga sekolah mencapai peratus kelulusan 100 peratus dalam semua mata pelajaran iaitu Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Derma dan SMK Dato’ Sheikh Ahmad, Arau sama seperti pencapaian tahun lalu.

Akhir kata, tahniah la kepada yang passed with flying colours tu.. yang kurang berjaya atau gagal.. jangan bimbang peluang tu ada.. kena la usaha dengan lebih giat lagi next time ya.. Sebab usaha kan tangga kejayaan.. Pssst.. siapa yang dapat hadiah best2 tu kongsi la kat sini ehhh.. haha gurau jee..

Sumber dari Berita Harian

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Glee!

Glee!
(Sticky) Catch Glee Season 2 every Wednesday

~EarLy eD!TiOn~

~EarLy eD!TiOn~
(STICKY) The best TV Series EVER!!! *4 me of coz* ^_^