BANNER


Banner

CLICK THIS PLZ!

***CLICK ME PLEASE*** (TQVM :D)

WELCOME!


I made this widget at MyFlashFetish.com.

WELCOME to B3sG!LeR's NeSt

WELCOME to B3sG!LeR's NeSt!

Welcome to my blog!

Therefore, if you have some ideas and comments, don't forget to message me or leave message on the shoutbox!

Thanks for viewing and don't forget to follow my blog! ^_^

Enjoy ur stay here @ B3sG!LeR's NeSt

FOOTNOTE: For those who don't understand 'Malay' and 'English' language, please use 'Google Translate' or any other translator. Thanks a lot and stay tuned!

THANKS FOR YOUR SUPPORT. THE BLOG IS RUNNING FOR OVER 2 YEARS NOW!

EXCHANGE LINKS

EXCHANGE LINKS YOUR BLOG URL HERE! *EASY FOR BLOGWALKING*

HISTATS

SHOUTBOX

SHOUT HERE! PLZ TINGGALKAN LINK BLOG ANDA UNTUK DIJEJAK DI ATAS NI (MISTER LINKY) BUKAN KAT SHOUTBOX NI SEBAB SUSAH NAK JEJAK GUNA DUA-DUA.. TQVM :D

FACEBOOK LIKE

Friday, December 24, 2010

Ngangkung Pecah Rekod!!!

Assalamualaikum w.b.t,

Korang dah tengok cerita ni? Belum lagi.. Ha pergi la tengok sebab cerita Ngangkung ni dah pecah rekod box office tayangan dengan kutipan tertinggi mengatasi Adnan Sempit tau..


Haha.. korang tak payah la nak sibuk-sibuk lagi dengan cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah tu.. memang dia dah balik rumah pun.. haha.. actually aku pun tak sempat lagi tengok cerita ni.. Ye la.. tak keluar tengok wayang pun.. Keluar pun setakat shopping-shopping biasa je.. Aku ingat ahad ni pun nak keluar.. Nak tengok wayang tu depends kot.. Aku sebenarnya tak la minat sangat dengan filem-filem seram.. Ye la takut la... having a bad dream la apa la.. i just like to laugh a lot u know.. So, comedy suits me best.. Jadi filem ni 50 50 la untuk aku tonton sebab filem komedi seram kan.. Ok ni aku nak kongsi sikit pasal artikel Metro yang menarik perhatian aku ni..





LIMA minggu tayangan di 59 pawagam tanah air, filem seram komedi Ngangkung terbitan MIG Prodctions Sdn Bhd bukan saja mencatat kutipan pecah panggung di luar jangkaan dengan RM8.15 juta, malah mencatat rekod baru kutipan tertinggi setakat ini.

Filem ke-42 MIG serta arahan pertama Ismail Bob Hasim ini mengatasi kutipan Adnan Sempit arahan Ahmad Idham yang ditayangkan Januari lalu dengan RM7.66 juta.

Kejayaan Ngangkung ini sangat mengejutkan penerbitnya, David Teo dan atas kejayaan 'berganda' filem ini membuatkan David berminat menghasilkan sekuelnya. Setakat ini, skripnya sudah disiapkan dan kemungkinan penggambaran dijangka pada Januari atau Februari nanti.


Menurut David, kejayaan Ngangkung juga menunjukkan MIG sentiasa ke arah mencetus genre baru di persada perfileman negara. Ujarnya, atas kejayaan itu pastinya ia akan menjadi ikutan sebagaimana filem Jangan Pandang Belakang.


Beliau berkata, kejayaan Jangan Pandang Belakang membuka ruang kepada penggiat seni tanah air giat menghasilkan filem seram. Diikuti, pula Adnan Sempit selepas itu yang mengetengahkan genre aksi komedi dan kini tentunya Ngangkung.

Ngangkung yang dijayakan Shaheizy Sam, Angah Raja Lawak, Azad Jazmin, Putri Mardiana, Eira Syazira dan Farisya Fatin, tampil dengan mesej supaya supaya masyarakat tidak terjebak dengan aktiviti main nombor ekor hingga sanggup melakukan pemujaan. Manakala Aku Masih Dara pula tentunya mengingatkan remaja tidak liar dan menjaga kehormatan diri.

Selepas dua filem ini, sebagai menutup tirai kejayaan MIG Production sepanjang 2010, filem Damping Malam akan menemui penonton di pawagam pada 30 Disember ini. Selain mengarah, Ahmad Idham juga mengetengahkan semula bakat lakonan selepas 10 tahun menyepi.

Satu lagi filem komedi seram, Hantu Kak Limah Balik Rumah yang ditayangkan di pawagam sejak 9 Disember lalu, turut mencatat sambutan hebat. Filem arahan Mamat Khalid dan diterbitkan Tayangan Unggul Adn Bhd ini mencatat RM5 juta.

Psst.. rupanya Shaheizy Sam ada berlakon la.. hehe.. pelakon feveret tu (fans Adnan Sempit The Series).. ni yang menguatkan rasa aku nak tengok ni.. haha.. btw, Tahniah la ya untuk filem Ngangkung dan David Teo.. tak lupa juga kepada Mamat Khalid dan filemnya Hantu Kak Limah Balik Rumah.. :D

Sumber dari myMetro

6 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Glee!

Glee!
(Sticky) Catch Glee Season 2 every Wednesday

~EarLy eD!TiOn~

~EarLy eD!TiOn~
(STICKY) The best TV Series EVER!!! *4 me of coz* ^_^