BANNER


Banner

CLICK THIS PLZ!

***CLICK ME PLEASE*** (TQVM :D)

WELCOME!


I made this widget at MyFlashFetish.com.

WELCOME to B3sG!LeR's NeSt

WELCOME to B3sG!LeR's NeSt!

Welcome to my blog!

Therefore, if you have some ideas and comments, don't forget to message me or leave message on the shoutbox!

Thanks for viewing and don't forget to follow my blog! ^_^

Enjoy ur stay here @ B3sG!LeR's NeSt

FOOTNOTE: For those who don't understand 'Malay' and 'English' language, please use 'Google Translate' or any other translator. Thanks a lot and stay tuned!

THANKS FOR YOUR SUPPORT. THE BLOG IS RUNNING FOR OVER 2 YEARS NOW!

EXCHANGE LINKS

EXCHANGE LINKS YOUR BLOG URL HERE! *EASY FOR BLOGWALKING*

HISTATS

SHOUTBOX

SHOUT HERE! PLZ TINGGALKAN LINK BLOG ANDA UNTUK DIJEJAK DI ATAS NI (MISTER LINKY) BUKAN KAT SHOUTBOX NI SEBAB SUSAH NAK JEJAK GUNA DUA-DUA.. TQVM :D

FACEBOOK LIKE

Monday, December 13, 2010

Anugerah Skrin 2010: Magika tak tersenarai, Muallaf tercalon

Assalamualaikum w.b.t,

Post aku kali ni mengisahkan tentang Anugerah Skrin 2010 yang bakal berlangsung pada hari Jumaat, 24 Disember 2010 nanti. Aku kongsi la artikel ni daripada Harian Metro Online sebab nampak macam menarik je.. Apa lagi.. Bacalah.. hehe..


Majlis pelancaran Anugerah Skrin 2010 (ASK2010) yang sudah masuk sedekad penganjurannya, bakal memperlihatkan filem yang memenangi anugerah Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23, Magika tidak akan dipertandingkan. Sebaliknya berita gembira buat peminat setia karya Allahyarhamah Yasmin Ahmad apabila filem terakhir arahannya, Muallaf akan disenaraikan untuk dipertandingkan.



Pada majlis sidang akhbar Anugerah Skrin 2010 yang berlangsung di Hotel Empire, Subang Jaya, baru-baru ini, Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Nurul Aini Abu Bakar menjelaskan Magika arahan Edry KRU tidak dipertandingkan kerana ia ditayangkan selepas syarat tarikh yang ditetapkan.


Magika


Muallaf

Setiap filem mahupun drama yang dipertandingkan diterbit�kan bermula Julai 2009 hingga Januari 2010. Magika hanya boleh dipertandingkan pada Anugerah Skrin akan datang.

Filem yang bakal dipertandingkan tahun ini, Momok The Movie, Mualaf, Pisau Cukur, Evolusi KL Drift, Papadom, Lagenda Budak Setan, Setem, Belukar, Adnan Sempit, Kecoh Betul dan Santau.

Bercerita mengenai mutu karya yang dipertandingkan tahun ini jelas Nurul, TV3 selaku penganjur berasakan ia bertambah baik kerana kebanyakan drama tersenarai menampilkan tema berbeza terutama komedi.

Setiap stesen dibenarkan menghantar lapan pencalonan. Seperti tahun sebelumnya hampir semua drama yang dihantar bertanding dipilih berdasarkan rating tertinggi, bagaimanapun pihak stesen boleh menghantar satu drama pilihan yang dirasakan bermutu walaupun ratingnya tidak tinggi.

Bagi memberikan gambaran kepada penonton terhadap drama yang dipertandingkan, TV3 turut menyiarkan drama yang layak ke peringkat akhir, bagaimanapun kerana masalah hak cipta ada beberapa drama dari RTM tidak dapat disiarkan.

Mereka sudah pun menulis surat kepada RTM untuk menyiarkan drama yang pernah disiarkan mereka dan dipertandingkan pada ASK2010, bagaimanapun kami tidak memperoleh kebenaran. Setakat ini TV3 hanya menayangkan drama yang diterbitkan stesen yang bernaung di bawah Media Prima.

Menyentuh mengenai penjurian, Nurul menjelaskan selaku penganjur mereka cuba mencari juri yang tidak mempunyai kepentingan atau kaitan dengan filem mahupun drama yang dipertandingkan. Setiap kategori dipecahkan kepada lima orang juri. Setiap daripada kumpulan juri mempunyai seorang ketua juri dan dia yang akan menetap�kan kriteria.

Perkara ini diberikan penekanan oleh TV3, kerana mahu penjurian dapat dilaksanakan dengan adil dan cuba mengelakkan perasaan tidak puas hati dan sebarang kontroversi apabila pemenang diumumkan kelak.

Melihat daripada kemenangan drama dihasilkan oleh Erma Fatima, Tersasar Di Jalan Mu tahun lalu, juri melihat kepada kelainan dan kekuatan isu ditampilkan. Saya percaya untuk tahun ini, perkara sama juga akan dilakukan oleh mereka yang diberi tanggungjawab untuk menilai setiap filem mahupun drama yang dipertandingkan,

Antara drama yang layak bertanding seperti Taubat Nasuha, Bagaikan Sumayyah, Sebelum Akhirat, Masyitah, Kaki, Lillahi Ta’ala, Perempuan, Antara Garisan dan Selipar Jepun Suria.

Pada majlis sidang akhbar itu juga, turut dibangkitkan mengenai tarikh berlangsungnya majlis ASK2010 iaitu pada pada malam sambutan Hari Natal, 24 Disember ini, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Ada pihak meluahkan mungkin ada antara mereka terbabit secara langsung atau tidak langsung dengan acara berprestij itu perlu bersama keluarga untuk meraikan Krismas.

Menerangkan mengenai perkara ini kata Nurul, setiap tahun pihaknya akan menempah Dewan Merdeka, PWTC pada November setiap tahun sebaik saja Anugerah Skrin selesai. Bagaimanapun, tahun ini kerana pelbagai aktiviti dilakukan di dewan ‘gah’ itu dan tempahan telah penuh, permohonan dibuat TV3 telah dianjak kepada bulan ini.

Walaupun mereka memberikan kami tarikh dari 1 Disember, namun untuk menganjurkan acara besar seperti Anugerah Skrin kami memerlukan sekurang-kurangnya dua minggu untuk membuat persiapan termasuk seminggu latihan di Dewan Merdeka. Perkara itu tidak dapat dielakkan. Bagaimanapun, kami berharap ia dapat berjalan dengan lancar walaupun pada keesokan harinya adalah cuti umum dan ada yang meraikan Krismas.

Sementara itu acara hiburan selingan turut dirangka sebaik mungkin bagi memastikan majlis penganugerahan berprestij itu meriah sesuai dengan temanya tahun ini iaitu Glamor dan kemegahan 10 tahun penganjurannya.

Menurut Penerbit Anugerah Skrin 2010, Nurhul Huda Khalid, bagi memastikan ia menepati tema glamor pihaknya bakal menampilkan artis popular untuk menghiburkan tetamu dan penonton sebagai acara selingan.

Mereka menampilkan penyanyi tersohor seperti Adibah Nor dan Noryn Aziz. Selain itu turut sama memeriahkan acara adalah penampilan tiga pemuzik terbaik tanah air seperti Hillary Ang, Genervie Kam dan Datuk Ahmad Nawab bergabung di atas pentas. Tidak kurang menarik pasangan bakal mendirikan rumahtangga Mizz Nina dan Noh dari kumpulan Hujan.

Sedikit kelainan apabila mereka turut akan mementaskan sedikit sedutan drama teater yang bakal dipentaskan di Istana Budaya, Cinta The Musical. Drama ini dipilih kerana ia masih baru dan kalau hendak mementaskan drama pernah dipentaskan sebelum ini ia akan membabitkan kos yang tinggi kerana perlu membawa set ke Dewan Merdeka. Lagipun pentas itu nanti statik dan tidak mempunyai kecanggihan teknologi seperti di Istana Budaya.

Paling penting untuk tahun ini Anugerah Skrin 2010 menampilkan gandingan baru untuk mengendalikan majlis berprestij itu, iaitu Vanidah Imran yang disebut-sebut akan mengendalikan rancangan Nona musim baru menggantikan Maya Karin dan Awal Ashaari.

Menjelaskan mengenai pemilihan Vanidah dan Awal sebagai pengacara, jelas Huda bukan kerana mereka mahu menggandingkan pengacara yang pernah mengendali atau akan mengacarakan rancangan diterbitkan TV3, sebaliknya keserasian yang ditunjukkan kedua-dua artis popular ini membuatkan pihak penerbitan yakin mereka mampu memikul tanggungjawab itu, sekali gus memastikan majlis berjalan dengan lancar.

Kesian filem Magika.. hmm tak apa la.. peluang ada lagi tahun depan.. Sabar ehh.. hehe..

Sumber dari myMetro.

6 comments:

  1. banyak film hantunya... sama dengan indonesia ... oh no

    ReplyDelete
  2. banyak juga.. tapi filem indonesia banyak juga filem yang seram.. not bad.. :)

    ReplyDelete
  3. follow anda juga...


    y!! y!! magika x tercalon.. y!!

    ReplyDelete
  4. terima kasih..

    magika ditayangkan selepas tarikh yang ditetapkan untuk pencalonan.. tadi magika hanya dipertandingkan tahun depan je..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Glee!

Glee!
(Sticky) Catch Glee Season 2 every Wednesday

~EarLy eD!TiOn~

~EarLy eD!TiOn~
(STICKY) The best TV Series EVER!!! *4 me of coz* ^_^