BANNER


Banner

CLICK THIS PLZ!

***CLICK ME PLEASE*** (TQVM :D)

WELCOME!


I made this widget at MyFlashFetish.com.

WELCOME to B3sG!LeR's NeSt

WELCOME to B3sG!LeR's NeSt!

Welcome to my blog!

Therefore, if you have some ideas and comments, don't forget to message me or leave message on the shoutbox!

Thanks for viewing and don't forget to follow my blog! ^_^

Enjoy ur stay here @ B3sG!LeR's NeSt

FOOTNOTE: For those who don't understand 'Malay' and 'English' language, please use 'Google Translate' or any other translator. Thanks a lot and stay tuned!

THANKS FOR YOUR SUPPORT. THE BLOG IS RUNNING FOR OVER 2 YEARS NOW!

EXCHANGE LINKS

EXCHANGE LINKS YOUR BLOG URL HERE! *EASY FOR BLOGWALKING*

HISTATS

SHOUTBOX

SHOUT HERE! PLZ TINGGALKAN LINK BLOG ANDA UNTUK DIJEJAK DI ATAS NI (MISTER LINKY) BUKAN KAT SHOUTBOX NI SEBAB SUSAH NAK JEJAK GUNA DUA-DUA.. TQVM :D

FACEBOOK LIKE

Monday, November 29, 2010

The Biggest Loser Asia 2: Leonardo (Leo) tersingkir!

Assalamualaikum w.b.t, hari ni aku nak cerita pula pasal The Biggest Loser Asia Season 2 yang ditayangkan di channel Diva Universal (702) pada setiap Selasa, setiap minggu. Episod pada minggu ni merupakan episod yang ke 11.



Peserta yang tinggal kini seramai 5 orang. Pertandingan semakin sukar untuk peserta yang tinggal. Sejak mereka bertanding sebagai individu dan memakai baju hitam, Nai dilihat sebagai peserta paling berpotensi untuk menang. Sebabnya dah 3 kali berturut-turut dia menang cabaran. Dan 3 kali berturut-turut dia dapat imuniti. Tapi antara 3 kali tu hanya sekali je yang betul2 berguna. Pada kali kedua tu dia sepatutnya merupakan peserta tercorot sebab berat badan dia naik sebanyak 3 kg dan merupakan orang yang kesekian kalinya naik berat badan pada musim ni. Wah 3 kg? banyak tu! Tak tau la apa yang dia buat sampai naik 3 kg. Tengok dia buat exercise memang rajin.

Masa cabaran pada episod ni memang mendebarkan. Walaupun Genghis mendapat kelebihan 15 saat untuk memulakan cabaran lebih awal disebabkan dia memenangi 'temptation' dengan makan ais krim dengan paling cepat. (P/S: Agak berselera betul dia makan masa tu. Ye la, dah lama tak dapat makan makanan yang sedap kan..). Walaupun begitu, dia tetap tak dapat mendahului peserta lain. Nai, Raj & Leo dapat mengejar Genghis akhirnya. Nai mendahului dengan selesa dan agak tersekat di bahagian seterusnya iaitu teka makanan yang berkalori tinggi & rendah dan menyusunnya. Tapi, Nai dapat juga menguasai acara tu dengan Raj & Leo ke 2 dan ke 3 yang hampir mengejar Nai.

Pada sesi penimbangan episod ni memang mendebarkan. Tak disangka2 ada yang lebih rendah dari Lori dari segi penurunan peratusan berat badan. Iaitu ia adalah Leo!

Ni adalah peratusan dan berat badan yang diturunkan para peserta untuk episod ni:

1. Nai - 3 kg - -2.91% = 100 kg
2. Genghis - 3 kg - -2.48% = 118 kg
3. Raj - 2 kg - -1.87% = 105 kg
4. Lori - 1 kg - -1.10% = 90 kg
5. Leo - 1 kg - -0.96% = 103 kg

Jadi, dalam sesi penyingkiran. Genghis sekali lagi menjadi 'wildcard' samada dia akan mengundi keluar Lori ataupun tak. Nampaknya dia dah 2 kali menyelamatkan Lori walaupun Lori pernah cuba untuk mengeluarkan Genghis pada minggu yang ke 8. Nampaknya alliance daripada pasukan Merah dan Biru masih ada pada setiap orang sebab Nai dan Genghis mengundi keluar Leo. Raj pula mengundi keluar Lori. Jadi, keputusannya Leo tersingkir. Lagipun, peratusan dia paling rendah episod ni. Jadi, tak hairan sangat la dia yang tersingkir. Raj merupakan orang yang paling sedih dengan pemergian Leo sebab kini bekas ketua pasukan Biru tu dah tak ada sesiapa lagi kat situ dan kemungkinan besar kalau dia jatuh dia bawah garisan merah minggu depan. Mestilah dia yang akan tersingkir. Nai pun nak membalas dendam kat Raj disebabkan penyingkiran mengejut Fish, yang merupakan peserta yang mengurangkan berat badan yang paling banyak peratusannya dalam siri kali ni. namun, nasib tak menyebelahi Fish sebab dia hanya mengurangkan 1kg je pada minggu lepas.


Leo


Fish

Tak sabar rasanya nak tengok minggu depan disebabkan pertandingan menjadi lebih sengit. Berjayakah Raj ke final? Sama2 kita nantikan pada Selasa minggu depan.

Oh ya, dan ni 4 peserta akhir untuk ke Grand Finale:


Nai, Thailand


Genghis, Philippines


Raj, Singapore


Lori, Hong Kong

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Glee!

Glee!
(Sticky) Catch Glee Season 2 every Wednesday

~EarLy eD!TiOn~

~EarLy eD!TiOn~
(STICKY) The best TV Series EVER!!! *4 me of coz* ^_^