Hari ni pula aku nak post entry pasal ABPBH yang baru sahaja ditayangkan semalam.. pada Ahad 3 April 2011 di TV3..
Gandingan yang cukup mantap dari Kak Engku (Raja Azura), Zizan dan juga Sharifah Shahirah menyerikan lagi Anugerah tu.. memang anugerah ABPBH antara yang tergempak la tahun ni.. rugi siapa tak tengok.. Even aku pun rasa rugi sbb dpt tgk 1/4 je dari show tu sebab aku terlepas tengok dr awal.. sumpah aku tak ingat langsung pasal anugerah ni sebab anugerah ni selalu ditayangkan samada dalam akhir bulan Mac atau awal bulan April.. Ok la cukup dengan tu.. Aku nak senaraikan pemenang-pemenang dalam ABPBH 2010 kali ni..
Pemenang-pemenang ABPBH 2010
- Bintang Paling Popular – Shaheizy Sam
- Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Datuk Rosnani Jamil
- Penyanyi Lelaki Popular – Faizal Tahir
- Penyanyi Wanita Popular – Yuna
- Pelakon Filem Lelaki Popular – Shaheizy Sam
- Pelakon Filem Wanita Popular – Lisa Surihani
- Pelakon TV Lelaki Popular – Remy Ishak
- Pelakon TV Wanita Popular – Fasha Sandha
- Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular – Sixth Sense
- Artis Nasyid Popular – Rabbani
- Artis Komedi Lelaki Popular – Zizan
- Artis Komedi Wanita Popular – Norkhiriah
- Artis Baru Lelaki Popular – Shahir
- Artis Baru Wanita Popular – Ana Raffali
- Pengacara TV Lelaki Popular – Aznil Nawawi
- Pengacara TV Wanita Popular – Fara Fauzana
- Penyampai Radio Lelaki Popular – Faizal Ismail
- Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana
Syabas kepada semua pemenang terutamanya Shaheizy Sam.. memang layak la menang.. best kot lakonan dia.. Adnan Sempit, Ngangkung dan banyak lagi filem2 & cerita2 dia yang best..
Shaheizy Artis Paling Popular
Tapi yang paling best aku rasa semalam waktu Usop Wilcha & Jozan.. kelakar siot.. ada banyak video kat Youtube yang korang boleh tengok..
Usop Wilcha
Antara yang aku cadangkan.. korang tengok ni.. huhu.. :D
Selain tu, persembahan Datuk Siti Nurhaliza pun best jugak.. Bukan Cinta Biasa.. :)
Overall, memang gempak la ABPBH tahun ni.. memang puas hati laa.. hehe.. :)
No comments:
Post a Comment