BANNER


Banner

CLICK THIS PLZ!

***CLICK ME PLEASE*** (TQVM :D)

WELCOME!


I made this widget at MyFlashFetish.com.

WELCOME to B3sG!LeR's NeSt

WELCOME to B3sG!LeR's NeSt!

Welcome to my blog!

Therefore, if you have some ideas and comments, don't forget to message me or leave message on the shoutbox!

Thanks for viewing and don't forget to follow my blog! ^_^

Enjoy ur stay here @ B3sG!LeR's NeSt

FOOTNOTE: For those who don't understand 'Malay' and 'English' language, please use 'Google Translate' or any other translator. Thanks a lot and stay tuned!

THANKS FOR YOUR SUPPORT. THE BLOG IS RUNNING FOR OVER 2 YEARS NOW!

EXCHANGE LINKS

EXCHANGE LINKS YOUR BLOG URL HERE! *EASY FOR BLOGWALKING*

HISTATS

SHOUTBOX

SHOUT HERE! PLZ TINGGALKAN LINK BLOG ANDA UNTUK DIJEJAK DI ATAS NI (MISTER LINKY) BUKAN KAT SHOUTBOX NI SEBAB SUSAH NAK JEJAK GUNA DUA-DUA.. TQVM :D

FACEBOOK LIKE

Tuesday, February 8, 2011

Rekod dunia Stefaan Engels

Assalamualaikum w.b.t,

Nak kenal dengan Stefaan Engels? Jom tengok post ni..


Stefaan Engels ni nak kata hebat la juga dalam sukan Marathon ni.. Kuat betul stamina dia kan..




STEFAAN Engels (gambar) menambah makna baru bagi perkataan "globetrotter" atau orang yang sering mengembara ke seluruh dunia. Atlet Belgium berusia 49 tahun itu, dikenali sebagai "Marathon Man", melengkapkan 365 perlumbaan setahun, berlumba di tujuh negara dengan jarak 42 kilometer sehari.

Hujung minggu lalu, dia mencatat rekod dunia Guinness kerana larian maraton setiap hari ketika dia melepasi garisan penamat di bandar raya Sepanyol, Barcelona.

Dia bermula pada 5 Februari tahun lalu di kampung halamannya di Ghent dan tampil dengan jarak larian lebih 15,000 km pada perlumbaan Carretera de les Aigues, Sabtu lalu.

"Ia tahun yang amat panjang," katanya. Sepanjang laluan, bekas pereka bentuk dan promoter sukan itu susut 15 kilogram, menggunakan lebih 25 pasang pakaian sukan dan berjaya meraih beribu-ribu pelari sokongan yang berlari di sampingnya.

Purata lariannya: empat jam bagi setiap maraton pada kepantasan "perlahan" 10km sejam. Catatan terbaiknya adalah dua jam 56 minit. Penat memikirkan mengenainya? Ia tidaklah sesukar mana, katanya.

"Saya tidak anggap setahun berlari maraton sebagai penyeksaan. Ia lebih sebagai tugasan biasa," katanya. "Saya berlari hanya seperti Joe Average lakukan untuk pergi kerja setiap pagi Isnin, sama ada dia menyedarinya atau tidak. Saya sering tidak berasa berlari, tapi apabila saya menamatkannya, saya mandi, melakukan fisioterapi selama sejam dan ia melengkapkan hari saya." Engels menamatkan jelajahnya dengan perlumbaan menerusi 11 bandar raya Sepanyol, dari Madrid ke Majorca. Laluannya termasuk persinggahan di Amerika Syarikat, England, Portugal, Kanada dan Mexico, apabila dia mengalami penyesuaian terhadap altitud.

"Saya berada 2,000 kaki di atas paras laut dan selepas dua hari, saya tidak boleh makan," katanya mengimbau pengalaman itu. "Sesudah melepasi rintangan Mexico, tiada apa yang menyukarkan lagi buat saya." Bagi mendapatkan tenaga, dia bergantung harap kepada pasta atau paella apabila berada di Sepanyol - daging, ikan dan sedikit wain. "Mulanya doktor berkata anda perlu mengambil vitamin tambahan dan mengikut diet tertentu, tapi saya hanya makan apa yang saya teringin," katanya. Dia juga tidur hingga 12 jam semalam; satu-satunya ubatnya: aspirin setiap hari.


Engels menganggap ketahanannya disebabkan kadar pemulihan yang pantas dan degupan jantung yang perlahan. "Ramai yang lebih tertekan bercakap dengan bos mereka berbanding saya berlari," katanya.

Latihannya selama 25 tahun turut membantu. Pada 2008, dia mencatat rekod dunia bagi triatlon dengan 20 perlumbaan Iron Man dalam tempoh 12 bulan. Kuncinya adalah keazaman. "Ia lebih kepada cerita mental," katanya. "Masalahnya memikirkan mengenai berlumba maraton setiap hari. Saya hanya memberitahu diri saya supaya berlari pada hari itu dan tidak memikirkan mengenai hari berikut atau minggu berikutnya." Engels turut menggalakkan orang lain untuk mencapai apa yang dilihat satu sasaran yang mustahil.

"Saya juga mahu memberi inspirasi kepada orang lain dengan membuktikan jika saya boleh berlari maraton setiap hari selama setahun, mereka juga boleh berlari atau berbasikal setiap hari atau melakukan sesuatu untuk mengatasi masalah berat badan mereka," katanya.

Lebih menarik Marathon Man mula berlari walaupun mengingkari nasihat doktor: dia diingatkan supaya mengelakkan terbabit dalam sukan sejak kecil kerana mengalami penyakit lelah. Bukunya "Marathon Man 365" akan diterbitkan April ini sebaik sebelum sambutan hari jadinya yang ke-50. Dia mungkin berehat selepas ini. "Saya tidak fikir saya akan mengambil risiko lagi dengan badan saya," katanya. "Ia memenatkan." Rekod terdahulu dipegang oleh pelari Jepun, Akinori Kusuda, yang berlari 52 maraton berturut-turut pada usia 65 tahun pada 2009.

Credit to myMetro

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Glee!

Glee!
(Sticky) Catch Glee Season 2 every Wednesday

~EarLy eD!TiOn~

~EarLy eD!TiOn~
(STICKY) The best TV Series EVER!!! *4 me of coz* ^_^