BANNER


Banner

CLICK THIS PLZ!

***CLICK ME PLEASE*** (TQVM :D)

WELCOME!


I made this widget at MyFlashFetish.com.

WELCOME to B3sG!LeR's NeSt

WELCOME to B3sG!LeR's NeSt!

Welcome to my blog!

Therefore, if you have some ideas and comments, don't forget to message me or leave message on the shoutbox!

Thanks for viewing and don't forget to follow my blog! ^_^

Enjoy ur stay here @ B3sG!LeR's NeSt

FOOTNOTE: For those who don't understand 'Malay' and 'English' language, please use 'Google Translate' or any other translator. Thanks a lot and stay tuned!

THANKS FOR YOUR SUPPORT. THE BLOG IS RUNNING FOR OVER 2 YEARS NOW!

EXCHANGE LINKS

EXCHANGE LINKS YOUR BLOG URL HERE! *EASY FOR BLOGWALKING*

HISTATS

SHOUTBOX

SHOUT HERE! PLZ TINGGALKAN LINK BLOG ANDA UNTUK DIJEJAK DI ATAS NI (MISTER LINKY) BUKAN KAT SHOUTBOX NI SEBAB SUSAH NAK JEJAK GUNA DUA-DUA.. TQVM :D

FACEBOOK LIKE

Monday, February 14, 2011

Filem HAQ belum cecah RM1 juta?

Assalamualaikum w.b.t,

Dengar tajuk macam sedap tapi tak ramai yang tengok ehh..


Mungkin orang tak expect cerita ni cerita aksi kalau sesiapa yang tak pernah tengok iklan atau trailer filem ni.. First aku tengok nama cerita ni ingat filem romantik atau komedi.. rupanya Filem Aksi.. Hmm.. mungkin ramai dah habis duit kot bulan lepas tengok filem lain macam HKLBR, JPBC2, Ngangkung dan banyak lagi.. Orang dah terbiasa filem komedi seram kan.. Huhu.. tambah lagi cerita yang ada kat panggung sekarang memang best kot dengan Shaolin & Green Hornet.. Tambah lagi tayangan dia masa Tahun Baru Cina.. Memang tak dapat sambutan la cerita ni.. Huhu.. tak apa.. Tengok je kat ASTRO FIRST siapa-siapa yang ada tu ehh.. Hehe.. :P



TINGGAL sehari sahaja lagi untuk menghampiri Syarat Wajib Tayang yang ditetapkan oleh Finas yang berakhir esok (10 Februari), filem adi wira (Superhero) Melayu, Haq yang bergenre aksi hanya mampu membuat kutipan kasar sebanyak RM800,000 sejak menemui peminat pada 27 Januari lalu.

Berbanding kos produksi sekitar RM2.4 juta, filem pertama terbitan KasehDia Pictures yang membariskan pelakon terkenal Zul Huzaimy, Adi Putra, Nanu Baharudin, Raja Farah dan ramai lagi ini seakan dipandang sepi oleh peminat seni tempatan yang dilambakkan filem genre seram dan komedi seram sekarang.

Kemenangan yang diraih dalam kategori Anugerah Lakon Layar Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-23 (FFM-23) serta pelbagai publisiti lain ternyata masih belum dapat membantu filem arahan bersama CL Hor dan Jumaatun Azmi itu. Begitupun Jumaatun yang juga produser Haq dengan kerjasama Nanu sebagai penerbit bersama tidak kecewa dan menganggap ini tetap satu petanda positif.

"Saya akui filem ini ada banyak kelemahan tapi pada masa sama saya melihat filem ini tetap mempunyai golongan peminat tersendiri yang sukakan aspek sinematografi dan konsep yang ditampilkan. Tak dinafikan sebagai filem pertama, ada pelbagai pandangan pro dan kontra mengenai filem ini namun saya tetap berfikiran positif.


"Segala pandangan ini saya ambil untuk digunakan dalam projek filem yang seterusnya. Mengenai sekuel Haq yang dirancang, saya akan duduk berbincang semula dan mungkin merancang akan adaptasi dalam bentuk program TV ataupun dikekalkan dalam bentuk filem. Saya akan teliti respons semua pihak dan ubah suai format jika perlu. Kos yang perlu dikeluarkan juga akan diambil kira," katanya ketika dihubungi semalam.

Tambah Jumaatun lagi, pihaknya juga akan berbincang dengan United Studios, anak syarikat KRU Studios yang menjual dan mengedarkan filem ini untuk memikirkan cara menambah lagi kutipan hasil filem ini.

"Kami akan bersama-sama memikirkan platform lain untuk menjual filem ini antaranya menerusi penerbitan DVD dan memasuki pasaran Timur Tengah. Untuk filem ini ditayangkan menerusi Astro First, saya kena kaji dulu kesannya," katanya.

Jumaatun akui syarikatnya yang ditubuhkan sejak 1999, tidak membuat kajian mendalam mengenai minat penonton terhadap konsep filem ini. Bagaimanapun katanya Haq menampilkan mesej yang baik secara halus. "Untuk projek seterusnya saya sedang menerbitkan filem bergenre komedi. Bukanlah saya mengikut rentak arus tapi sebagai produksi baru, saya nak cuba produk berlainan pula kerana pertamanya saya nak kenal pasti cita rasa peminat dan keduanya saya mahu baiki kredibiliti dengan hasilkan filem yang berkualiti. "Sekarang saya berminat nak menerbitkan pelbagai genre filem serta nak bekerjasama dengan individu yang ada kelebihan tersendiri. Saya beri kepercayaan kepada aktres Melissa Saila sebagai pengarah untuk filem kedua, Dari Kerana Mata yang bergenre komedi. "Sekali lagi saya ambil risiko tapi saya percaya dengan kebolehannya. Filem ini sedang menjalani proses suntingan dan saya sasarkan tayangannya sama ada pertengahan tahun ataupun pada hujung tahun ini," katanya.

Credit to myMetro

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Glee!

Glee!
(Sticky) Catch Glee Season 2 every Wednesday

~EarLy eD!TiOn~

~EarLy eD!TiOn~
(STICKY) The best TV Series EVER!!! *4 me of coz* ^_^