Siapakah Andy Carroll ni? Dia salah seorang pemain bola sepak kat salah satu kelab di England.
Andy Carroll ni dulu pemain Newcastle United dan pada transfer window yang lepas beliau dibeli oleh Liverpool dengan harga $35 juta USD.. kira banyak la juga tu.. Pembelian Carroll sekaligus menggantikan tempat kosong yang ditinggalkan oleh Torres setelah berhijrah ke Chelsea dengan rekod transfer $50 juta USD. Belian paling mahal yang pernah dilakukan oleh mana-mana kelab England.
Jangan main-main atau pandang Carroll ni sebelah mata.. Dia antara top scorer yang menjaringkan gol yang terbanyak untuk kelabnya yang terdahulu iaitu Newcastle.. Sejak dia injured sebulan lebih, dia dah ketinggalan di belakang Berbatov dan beberapa lagi pemain.. Kira hebat juga la dia ni.. Macam mana la prestasi dia kat Liverpool nanti? Adakah Daglish akan gandingkan Carroll dengan Luis Suarez? Seorang lagi pemain yang dibeli Liverpool. Sama-sama je la kita tengok nanti.
Nak tahu lebih lanjut? Klik kat bawah ni..
ANDY Carroll menegaskan dia boleh menangani tekanan bermain di Liverpool selepas mendakwa dia “dipaksa keluar” dari St James’ Park oleh bekas kelabnya Newcastle United, dan membuatkan dirinya berasa “tidak diperlukan”.
Carroll, seorang peminat setia Newcastle dan menyarung jersi tradisi Geordie bernombor 9, berkata dia “dipaksa” oleh pemilik kelab Mike Ashley dan pengarah urusan Derek Llambias.
“Derek meminta saya menyerahkan surat meminta dipindahkan, jadi saya tidak ada pilihan. Saya tidak diperlukan mereka dan jelas mereka mahukan wang,” kata Carroll.
“Kemudian saya diterbangkan dengan helikopter (milik Ashley) ke Liverpool. Saya tidak mahu meninggalkan kelab ini. Saya kecewa saya tidak diperlukan di kelab kampung halaman saya sendiri selepas apa yang saya lakukan selama ini. Saya tidak mahu pergi dan saya mahu memastikan mereka tahu saya tidak mahu pergi. Pemain, kakitangan dan peminat amat fantastik.”
Bagaimanapun, pengurus Alan Pardew menegaskan Carroll memutuskan untuk meninggalkan kelab itu selepas meminta diadakan perjanjian baru, sesuatu yang tidak disenangi. Pardew berkata: “Kami tidak memaksa sesiapa pun untuk meninggalkan kelab ini.
“Saya tidak bersetuju dengannya. Dia ada kontrak di sini selama lima tahun dan ada masanya ia akan diperbaharui, tapi buatnya untuk menandatangani kontrak Oktober lalu dan kemudian diperbaharui pada Januari, ia tidak masuk akal.
“Secara peribadi, saya kecewa. Dia seorang pemain yang bagus, dan saya amat sukakannya, tapi ia adalah keputusannya, saya tak boleh mengubahnya.”
Newcastle menolak permohonan awal Liverpool untuk membeli Carroll tetapi selepas mendapat tawaran kedua, menerimanya apabila, menurut Pardew, pemain itu meminta dia berpindah jika tidak mendapat perjanjian baru, sekalipun dia hanya menandatangani kontrak hujung tahun lalu.
Akhirnya, Newcastle menerima habuannya apabila menjual Carroll dengan harga 35 juta (RM172 juta), sekali gus menggantikan penyerang Sepanyol, Fernando Torres yang berhijrah ke Chelsea dari Anfield.
Carroll, yang mewarisi jersi nombor 9 Torres, yang dipakai pemain legenda Liverpool seperti Ian Rush dan Robbie Fowler, menegaskan dia bersedia untuk mengikut jejak langkah pemain ternama terdahulu.
“Gol sering kali menjadi permainan utama saya jadi saya amat yakin boleh menjaringkan gol buat Liverpool,” katanya.
“Ia satu perasaan yang hebat. Nombor 9 adalah satu nombor bermakna dan sesuatu yang saya mahukan. Untuk mendapatnya di Liverpool pastinya satu perasaan yang amat menggembirakan.
“Saya mahu keluar ke sana dan bermain bola sepak kerana ia yang membawa saya ke sini. Saya akan melakukan yang terbaik buat pasukan - saya akan menjaringkan gol, mencipta peluang, memegang bola dan hanya mencuba yang terbaik. Mereka sudah membelanjakan wang yang banyak untuk membawa saya ke sini dan saya hanya mahu membalas semula apa yang mereka belanjakan.
“Saya akan melakukan yang terbaik dan saya fikir boleh melakukannya. Saya mahu memenangi beberapa trofi bersama kelab ini dan membantu kelab maju ke depan.”
PROFIL
NAMA PENUH: Andrew Thomas Carroll
TARIKH LAHIR: 6 Januari 1989
TEMPAT LAHIR: Gateshead, England
TINGGI: 1.91 meter
POSISI: Penyerang
KELAB SEMASA: Liverpool
NOMBOR JERSI: 9
KARIER REMAJA:
2005-2006 Newcastle United
KARIER SENIOR:
2006-2011 Newcastle United (80 perlawanan, 31 gol)
2007-2008 Preston North End (pinjaman)
2011-kini Liverpool
PASUKAN KEBANGSAAN:
2007-2008 England B-19 (8 perlawanan, 4 gol)
2009-2010 England B-21 (5 perlawanan, 2 gol)
2010-kini England (1 perlawanan)
No comments:
Post a Comment