Post kali ni aku nak share pasal tenis amal yang berlangsung di Zurich yang menyaksikan pertembungan jaguh handalan tenis iaitu Roger Federer dan Rafael Nadal.
Perghh.. kalau 2 orang ni bertembung memang orang tak lepaskan peluang la nak tengok bukan? bukan calang-calang pemain.. baguslah diaorang ni di samping bermain dapat juga beramal.
Roger Federer berjaya menundukkan Rafael Nadal menerusi perlawanan tiga set pada perlawanan amal di Zurich, kelmarin.
Selepas tewas 4-6 pada set pertama, Federer bangkit pada set kedua sekali gus mendahului lawannya yang juga pemain nombor satu dunia dengan 6-3, 6-3, disaksikan ribuan penyokong yang membanjiri venue termasuk juara Formula Satu, Sebastian Vettel dan juara ski, Lindsey Vonn dan Didier Cuche.
Sejumlah 10,500 tiket untuk saingan ‘Perlawanan untuk Afrika’ itu habis dijual hanya dalam tempoh beberapa minit ia dibuka untuk jualan, 1 September lalu.
Pemain yang dinobatkan sebagai nombor dua terbaik dunia 2010 itu, kini beralih ke Madrid untuk menyertai satu lagi perlawanan amal, esok bertujuan untuk meraih dana kebajikan untuk Sepanyol.
Federer berharap untuk meraih sekurang-kurangnya AS$1 juta (RM3.2 juta) menerusi acara itu, sekali gus mencapai misinya membantu projek pembangunan pelajaran dan sukan kanak-kanak Afrika.
Pemain Switzerland berusia 29 tahun itu sering kurang bernasib baik dan tewas dengan rekod 8-14 di kejohanan antarabangsa menentang Nadal, malah turut tewas sebanyak enam kali berturut-turut menentang jaguh Sepanyol itu tahun ini.
Tak apa.. walaupun prestasi Federer terumbang-ambing tapi beliau masih lagi pegang status pemain nombor dua dunia di belakang Nadal.. Jadi tak kurang hebat la Federer ni pun.. Mungkin tahun ni dia mengalami sedikit masalah terutamanya berkaitan dengan fitness beliau.. Hmm .. all the best to them la.. :)
Sumber dari myMetro
No comments:
Post a Comment