Sambung cerita pula pasal The Biggest Loser Asia 2.

Sorry patutnya aku update cerita ni semalam.. Tapi aku baru tengok tengah hari semalam daripada official airtime dia iaitu malam kelmarin.. So, malam ni baru sempat mengupdate. Jadi, episod ni tinggal 4 orang je iaitu Lori, Genghis, Nai dan Raj. Tinggal Raj je yang merupakan bekas pasukan biru dan merupakan bekas kapten pasukan biru. Jadi kedudukan dia tergugat sebab bekas ahli pasukan merah mesti mengundi dia keluar kalau dia keluar dari garisan kuning dalam sesi penimbangan nanti.
Jadi, di dalam cabaran pada episod ni, peserta perlu meneka berapa jumlah berat badan 'SEMUA' peserta yang mengambil bahagian dalam The Biggest Loser Asia 2 ni. Kiranya starting daripada Rico & Desiree yang tersingkir lebih awal dulu la.. Diaorang pun tak ingat la kan? Jadi teka je la jumlah yang paling hampir. Even, Raj yang dianggap oleh Genghis sebagai kalkulator manusia pun terkial-kial nak jawab. Pemenangnya sekali lagi ialah Genghis yang meneka hampir tepat dengan jawapan nya.. Aku pun tak ingat jawapannya apa.. Haha, yang aku ingat jawapan yang Genghis bagi tu 500. Aku ingat 3** berapa entah. Sebab yang lain pun jawab lagi jauh dari Genghis terutamanya Nai yang mengaku dia tak pandai Maths sampai jawab dalam 1000+.. haha.. kelakar la Nai ni.. Tapi dia tak kisah pun sebab dia yakin dia dapat menang punya cabaran tu.. Biar betul Nai ni kan? hoho.. Jadi Genghis mulakan cabaran wall climbing 35 saat lebih awal dari Nai yang bermula paling last.. So kedudukannya yang memulakan cabaran dulu ialah
Genghis -> Raj -> Lori -> Nai
Genghis dapat mula 20 saat lebih awal dari Nai. Raj pula dapat mula 5 saat lebih awal dari Lori & Lori dapat mula 5 saat lebih awal dari Nai. Nampak macam Genghis boleh menang je kan? Oh, oh tidak.. cabaran tu dimenangi juga oleh Nai walaupun dia struggle pada permulaannya. Tapi akhirnya dapat maintain sampai ke atas dengan kelajuan yang memberangsangkan.. memang power gila ah Nai ni..
Episod ni pun expose pasal diaorang dapat makeover baru dari salon daripada Hong Kong. memang lain gak la wajah diaorang dapat wajah baru.. terutama Genghis.. smart gila.. yang lain pun smart gak.. Pastu aku rasa episod ni macam habis awal je kan? Sebab apa? Sebab dia nak cerita pula kisah pas penyingkiran tu..
Nak tau siapa yang tersingkir? Haha.. tengok tajuk pun dah tau.. ya, jawapannya ialah Lori..Lori & Genghis yang jatuh di bawah garisan kuning dengan Lori di tangga yang tercorot. Jadi di sesi pengundian penyingkiran, Raj mengundi Genghis dan Nai mengundi Lori. Mengikut rules, kalau undian seri, peserta yang mempunyai peratus yang rendah automatik akan tersingkir which in this case ialah Lori. Macam Fish kena hari tu la... Ok, ni result weigh in tu.. Paling aku kagum Nai dengan Raj.. boleh lagi dapat turun gila berat badan diaorang episod ni..
1. Nai - -6kg (-6.00%) = 94 kg
2. Raj - -5kg (-4.76%) = 100 kg
3. Genghis - -3kg (-2.54%) = 115 kg
4. Lori - -1kg (-1.11%) = 89 kg
Lepas penyingkiran tu, Nai, Raj dengan Genghis pun dapat balik rumah juga macam Lori dan diaorang akan sambung usaha menurunkan berat badan kat rumah pula sebelum Finale yang berlangsung nanti. Trainer diaorang Dave & Kristy bagi morale support kat diaorang dan ucap selamat tinggal sebelum diaorang balik.. tersentuh pun ada juga tengok diaorang berbual tu. Tengok figure diaorang daripada mula-mula datang dekat rumah agam tu.. Sampai sekarang, diaorang dah achieve, memang kagum la dengan diaorang ni. Rumah agam? Alah, rumah yang diaorang tinggal untuk training la..
So, ni la wajah 3 orang yang akan berentap ke finale:

Nai, Thailand

Raj, Singapore

Genghis, Philippines
Dengan penyingkiran Lori, jadi tiada seorang pun wanita yang akan berentap ke finale which makes her the last woman standing yang tersingkir.
suke tgk rancangan ni
ReplyDeleteada mcm2 pengajaran yang bleh dijadikan teladan :)
Kie-yu> betul2.. jangan lupa tengok finale nanti..
ReplyDelete