Hari ni aku nak kongsi ucapan tahniah kepada pasukan bola sepak Malaysia yang telah berjaya mara ke separuh akhir Piala AFF Suzuki 2010 dengan mencatat kemenangan bergaya 5-1 ke atas Laos.

Pada masa yang sama, harapan Malaysia untuk ke separuh akhir terletak kepada satu lagi keputusan penentuan iaitu Indonesia yang menentang Thailand yang kelihatan pudar untuk Malaysia mara ke separuh akhir apabila Thailand mendahului Indonesia 1-0. Tetapi, Indonesia bangkit dan menyaksikan perlawanan tersebut berkesudahan 2-1. Perlawanan menarik itu menyaksikan 2 sepakan penalti dihadiahkan kepada Indonesia dan kedua-duanya berjaya disempurnakan oleh bekas pemain yang pernah bermain di Selangor di dalam Liga Super suatu ketika dulu iaitu Bambang Pamungkas.
Secara rasminya Malaysia layak ke separuh akhir Piala AFF Suzuki 2010. Bertuah sungguh Malaysia yang sebelum ni seri tanpa jaringan dalam menentang Thailand dan kalah 5-1 kepada Indonesia dalam perlawanan pembukaan.
Tahniah sekali lagi buat pasukan bola sepak Malaysia!
(P/S: Aku ingat nak update pasal The Biggest Loser Asia 2.. tapi tak dapat tengok pula official airdate dia hari ni! Esok pukul 12 ada tayangan lagi mengikut Astro Guide so aku update esok!)
No comments:
Post a Comment