BANNER


Banner

CLICK THIS PLZ!

***CLICK ME PLEASE*** (TQVM :D)

WELCOME!


I made this widget at MyFlashFetish.com.

WELCOME to B3sG!LeR's NeSt

WELCOME to B3sG!LeR's NeSt!

Welcome to my blog!

Therefore, if you have some ideas and comments, don't forget to message me or leave message on the shoutbox!

Thanks for viewing and don't forget to follow my blog! ^_^

Enjoy ur stay here @ B3sG!LeR's NeSt

FOOTNOTE: For those who don't understand 'Malay' and 'English' language, please use 'Google Translate' or any other translator. Thanks a lot and stay tuned!

THANKS FOR YOUR SUPPORT. THE BLOG IS RUNNING FOR OVER 2 YEARS NOW!

EXCHANGE LINKS

EXCHANGE LINKS YOUR BLOG URL HERE! *EASY FOR BLOGWALKING*

HISTATS

SHOUTBOX

SHOUT HERE! PLZ TINGGALKAN LINK BLOG ANDA UNTUK DIJEJAK DI ATAS NI (MISTER LINKY) BUKAN KAT SHOUTBOX NI SEBAB SUSAH NAK JEJAK GUNA DUA-DUA.. TQVM :D

FACEBOOK LIKE

Monday, January 31, 2011

F1: Misi Lotus 2011

Assalamualaikum w.b.t,

Nak dengar story pasal Team Lotus Malaysia F1 tak.. :D


Aku ringkaskan sikit eh.. Lotus sekarang dah keluarkan enjin baru untuk jentera mereka.. nak tahu jentera apa... jentera Renault tu!! Pelumba tetap sama iaitu Trulli dan Kovalainen untuk meneruskan misi Lotus.. Diaorang target untuk mendapat tempat ke-7 untuk saingan 2011.. hmm.. nak tahu ok ke tak.. tunggu je la diaorang race nanti.. tapi kalau tempat ke-7 tak ada points tak guna jugak kan.. huhu.. gurau jer.. XP

Ikuti cerita penuh kat sini..



VALENCIA (Sepanyol): Pasukan Lotus memperkenalkan enjin Formula Satu (F1) untuk musim 2011, semalam, lebih awal daripada pesaingnya dan pasukan itu mensasarkan untuk berada di tangga ketujuh keseluruhan bagi perlumbaan kali ini.

“Reka bentuk kereta pada tahun ini lebih kontemporari,” kata Pengarah Teknikal, Mike Gascoyne mengenai imej jentera T128 di dalam warna klasik Lotus iaitu hijau dan kuning.

“Jentera ini mampu berada di kalangan pertengahan. Ia jentera F1 yang moden dan saya yakin ini adalah langkah yang besar serta permulaan satu proses untuk membawa Lotus kembali di barisan depan perlumbaan.” Pasukan ini yang dikenali sebagai Lotus Racing membuat penampilan penuh pada musim lalu namun gagal meraih sebarang mata walaupun menjadi pasukan terbaik dari kalangan tiga pasukan baru.

Sejak diperkenalkan kembali dalam sukan ini dengan jenama Lotus berasaskan rekaan mendiang Colin Chapman yang meninggal dunia pada 1994, krisis merebut hak penggunaan nama berlaku dengan syarikat dimiliki Malaysia itu.

Kumpulan Lotus sudah menjadi penaja dan pemegang saham utama dalam pasukan Renault dan kes itu kini dijadual dibicarakan di Mahkamah Tinggi London pada hujung Mac ini untuk menentukan siapa yang berhak menggunakan jenama itu dalam F1.

Musim ini dijangka bermula di Bahrain pada 13 Mac dengan dua pasukan menggunakan nama Lotus dan kedua-duanya menggunakan enjin Renault.

Renault melancarkan jentera berwarna hitam dan emas di Litar Valencia lewat semalam dengan warna Lotus pada era 1970-an dan 1980-an ketika mereka berlumba dan memenangi kejuaraan dengan penajaan syarikat tembakau John Player Special. “Terlampau banyak fokus di luar litar dan seronok untuk kembali bercakap mengenai perlumbaan,” kata pemilik pasukan Lotus, Datuk Seri Tony Fernandes.

Dua pemandu musim lalu, Jarno Trulli dari Itali dan pelumba Finland, Heikki Kovalainen kekal bersama pasukan itu dan dijadual menguji jentera baru itu untuk pertama kali di Valencia minggu ini.

“Perasaan berbeza pasti dirasai di litar Bahrain tahun ini - ketegangan yang berbeza,” kata Trulli.

“Tahun lalu kami meletakkan sasaran untuk menamatkan perlumbaan. Tahun ini, kami berazam menamatkan perlumbaan dengan meraih mata. Dengan pakej yang kami miliki ia mampu untuk dicapai,” kata Trulli. - Reuters


Credit to myMetro

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Glee!

Glee!
(Sticky) Catch Glee Season 2 every Wednesday

~EarLy eD!TiOn~

~EarLy eD!TiOn~
(STICKY) The best TV Series EVER!!! *4 me of coz* ^_^