BANNER


Banner

CLICK THIS PLZ!

***CLICK ME PLEASE*** (TQVM :D)

WELCOME!


I made this widget at MyFlashFetish.com.

WELCOME to B3sG!LeR's NeSt

WELCOME to B3sG!LeR's NeSt!

Welcome to my blog!

Therefore, if you have some ideas and comments, don't forget to message me or leave message on the shoutbox!

Thanks for viewing and don't forget to follow my blog! ^_^

Enjoy ur stay here @ B3sG!LeR's NeSt

FOOTNOTE: For those who don't understand 'Malay' and 'English' language, please use 'Google Translate' or any other translator. Thanks a lot and stay tuned!

THANKS FOR YOUR SUPPORT. THE BLOG IS RUNNING FOR OVER 2 YEARS NOW!

EXCHANGE LINKS

EXCHANGE LINKS YOUR BLOG URL HERE! *EASY FOR BLOGWALKING*

HISTATS

SHOUTBOX

SHOUT HERE! PLZ TINGGALKAN LINK BLOG ANDA UNTUK DIJEJAK DI ATAS NI (MISTER LINKY) BUKAN KAT SHOUTBOX NI SEBAB SUSAH NAK JEJAK GUNA DUA-DUA.. TQVM :D

FACEBOOK LIKE

Tuesday, November 30, 2010

Fantasy Premierleague 2010/2011 Gameweek 16!

Assalamualaikum w.b.t,

Hari ni aku nak cadangkan 5 lagi pemain yang berpotensi untuk memungut points yang tinggi untuk Fantasy Premierleague 2010/2011 Gameweek 16 esok.


So, ni fixtures untuk Gameweek 16:


  • Gameweek 16 Fixtures
  • Arsenal v Fulham
  • Birmingham v Tottenham
  • Blackburn v Wolves
  • Chelsea v Everton
  • Man City v Bolton
  • Wigan v Stoke City
  • Blackpool v Man Utd
  • West Brom v Newcastle
  • Sunderland v West Ham
  • Liverpool v Aston Villa
Jadi ni 5 pemain yang aku cadangkan. Tak semestinya betul. Tapi minggu ni aku pilih Marouane Chamakh untuk transfer aku.


Marouane Chamakh (Arsenal)


Andy Carroll (Newcastle)


Darren Bent (Sunderland)


Gareth Bale (Tottenham)


Samir Nasri (Arsenal)

Sebab?

- Chamakh konsisten untuk beberapa minggu ni, nampaknya dia dah dapat kesebelasan utama daripada Van Persie.
- Carroll selalu jaringkan gol walaupun kalah.
- Bent pemain Sunderland yang selalu gol untuk pasukan dia.
- Bale bermain dengan agresif, jadi kemungkinan besar dia dapat assist atau gol takpun bonus.
- Nasri semakin konsisten.

Monday, November 29, 2010

The Biggest Loser Asia 2: Leonardo (Leo) tersingkir!

Assalamualaikum w.b.t, hari ni aku nak cerita pula pasal The Biggest Loser Asia Season 2 yang ditayangkan di channel Diva Universal (702) pada setiap Selasa, setiap minggu. Episod pada minggu ni merupakan episod yang ke 11.



Peserta yang tinggal kini seramai 5 orang. Pertandingan semakin sukar untuk peserta yang tinggal. Sejak mereka bertanding sebagai individu dan memakai baju hitam, Nai dilihat sebagai peserta paling berpotensi untuk menang. Sebabnya dah 3 kali berturut-turut dia menang cabaran. Dan 3 kali berturut-turut dia dapat imuniti. Tapi antara 3 kali tu hanya sekali je yang betul2 berguna. Pada kali kedua tu dia sepatutnya merupakan peserta tercorot sebab berat badan dia naik sebanyak 3 kg dan merupakan orang yang kesekian kalinya naik berat badan pada musim ni. Wah 3 kg? banyak tu! Tak tau la apa yang dia buat sampai naik 3 kg. Tengok dia buat exercise memang rajin.

Masa cabaran pada episod ni memang mendebarkan. Walaupun Genghis mendapat kelebihan 15 saat untuk memulakan cabaran lebih awal disebabkan dia memenangi 'temptation' dengan makan ais krim dengan paling cepat. (P/S: Agak berselera betul dia makan masa tu. Ye la, dah lama tak dapat makan makanan yang sedap kan..). Walaupun begitu, dia tetap tak dapat mendahului peserta lain. Nai, Raj & Leo dapat mengejar Genghis akhirnya. Nai mendahului dengan selesa dan agak tersekat di bahagian seterusnya iaitu teka makanan yang berkalori tinggi & rendah dan menyusunnya. Tapi, Nai dapat juga menguasai acara tu dengan Raj & Leo ke 2 dan ke 3 yang hampir mengejar Nai.

Pada sesi penimbangan episod ni memang mendebarkan. Tak disangka2 ada yang lebih rendah dari Lori dari segi penurunan peratusan berat badan. Iaitu ia adalah Leo!

Ni adalah peratusan dan berat badan yang diturunkan para peserta untuk episod ni:

1. Nai - 3 kg - -2.91% = 100 kg
2. Genghis - 3 kg - -2.48% = 118 kg
3. Raj - 2 kg - -1.87% = 105 kg
4. Lori - 1 kg - -1.10% = 90 kg
5. Leo - 1 kg - -0.96% = 103 kg

Jadi, dalam sesi penyingkiran. Genghis sekali lagi menjadi 'wildcard' samada dia akan mengundi keluar Lori ataupun tak. Nampaknya dia dah 2 kali menyelamatkan Lori walaupun Lori pernah cuba untuk mengeluarkan Genghis pada minggu yang ke 8. Nampaknya alliance daripada pasukan Merah dan Biru masih ada pada setiap orang sebab Nai dan Genghis mengundi keluar Leo. Raj pula mengundi keluar Lori. Jadi, keputusannya Leo tersingkir. Lagipun, peratusan dia paling rendah episod ni. Jadi, tak hairan sangat la dia yang tersingkir. Raj merupakan orang yang paling sedih dengan pemergian Leo sebab kini bekas ketua pasukan Biru tu dah tak ada sesiapa lagi kat situ dan kemungkinan besar kalau dia jatuh dia bawah garisan merah minggu depan. Mestilah dia yang akan tersingkir. Nai pun nak membalas dendam kat Raj disebabkan penyingkiran mengejut Fish, yang merupakan peserta yang mengurangkan berat badan yang paling banyak peratusannya dalam siri kali ni. namun, nasib tak menyebelahi Fish sebab dia hanya mengurangkan 1kg je pada minggu lepas.


Leo


Fish

Tak sabar rasanya nak tengok minggu depan disebabkan pertandingan menjadi lebih sengit. Berjayakah Raj ke final? Sama2 kita nantikan pada Selasa minggu depan.

Oh ya, dan ni 4 peserta akhir untuk ke Grand Finale:


Nai, Thailand


Genghis, Philippines


Raj, Singapore


Lori, Hong Kong

Sunday, November 28, 2010

EPL Results Gameweek 15

So, this is the EPL results for this week.


Aston Villa (Clark 2)2 - 4Arsenal (Nasri, Arshavin, Wilshere, Chamakh)
Bolton (M. Davies, Petrov)2 - 2Blackpool (Evatt, Varney)
Everton (Cahill)1 - 4West Brom (Brunt, Tchoyi, Scharner, Mulumbu)
Fulham (Dempsey)1 - 1Birmingham (Larsson)
Man Utd (Berbatov 5, Nani, Park)7 - 1Blackburn (Samba)
Stoke City (Etherington)1 - 1Man City (Richards)
West Ham (Parker, Behrami, Obinna)3 - 1Wigan (Cleverly)
Wolves (Foley, Hunt, Ebanks-Blake)3 - 2Sunderland (Welbeck, Gyan)
Newcastle (Carroll)1 - 1Chelsea (Kalou)
Tottenham (Lennon, Skrtel (o.g.)2 - 1Liverpool (Skrtel)

Manchester United goes to the top of the table, Chelsea & Arsenal dropped to 2nd & 3rd respectively.

Saturday, November 27, 2010

Kedudukan Terakhir Pingat Sukan Asia, Guangzhou, China, 2010

Salam, hari ni, aku nak kongsi pasal kedudukan terakhir pingat Sukan Asia, Guangzhou, China, 2010 yang telah pun tamat pada 27 November lalu.


Tahniah kepada skuad Malaysia kerana telah memperoleh sebanyak 9 pingat emas, 18 pingat perak dan 14 pingat gangsa yang berjumlah sebanyak 41 pingat semuanya. Walaupun, pasukan badminton gagal untuk mengutip pingat emas, Namun, skuad Malaysia berjaya mencapai sasaran untuk pingat emas.

Pingat emas yang diperoleh Malaysia ialah melalui acara skuasy (3), boling (2), karate (2), basikal (1) dan wushu (1).

Tahniah kepada skuad Malaysia sekali lagi kerana menempatkan diri dalam 10 pasukan Asia yang memperoleh pingat emas tertinggi. Malaysia juga merupakan pasukan Asia Tenggara yang kedua tertinggi di belakang Thailand yang memperoleh 11 pingat emas yang juga telah merampas pingat emas acara sepak takraw daripada Malaysia. Selain itu, Indonesia, Singapura dan Vietnam berada pada kedudukan ke 3, 4 & 5 dan berkedudukan 14, 15 dan 23 secara keseluruhannya. Kita patut berbangga kepada pasukan Malaysia kerana mengharumkan nama negara. Tak kurang hebatnya Malaysia kan? Walaupun kalah dalam beberapa acara tradisi yang popular

Jadi ni senarai kedudukan akhir pingat negara-negara yang bertanding.


Kedudukan akhir pingat

Ni pula kontinjen Malaysia yang memperoleh pingat emas, pingat perak dan pingat gangsa.




Sampai sini saja entry untuk kali ni. :)

Gambar dipetik dari blog 'Boloque'.

Tahniah sekali lagi untuk pasukan Malaysia!

Friday, November 26, 2010

Fantasy Premierleague 2010/2011 Gameweek 15!

Salam Jumaat/Hi to all visitors,

Hari ni aku nak mintak korang yg main fantasy premierleague. Aku nak jemput korang main dalam liga yg penuh berprestij ni.. hehe.. peluang masih terbuka sebab apa2 je boleh berlaku.. Ramai lagi yang dapat points yg rendah2 so peluang tu ada lg nak potong..


Pada yg belum mendaftar, sila daftarkan diri kat http://fantasy.premierleague.com/

So, apa lagi? Signup le..

Ni plak code nak join league aku..

Classic league - 84846-26948

Kepada yang baru nak main, korang kene pilih 15 players, terdiri drpd 5 defenders, 5 midfielders, 3 forwards & 2 goalkeepers. Dan antara 15 players ni 4 org akan jd substitute..

Cadangan aku pada minggu ni? Aku ramal antara 5 ni mungkin akan mendapat points yg tinggi..

- Kevin Davies (Bolton)


- Johan Elmander (Bolton)


- Luis Nani (Manchester United)


- Wayne Rooney (Manchester United)


- Rafael Van de Vaart (Tottenham)


Sebab?

- Kevin Davies & Johan Elmander dalam form yg terbaik.. Tambah lagi, lwn dengan Blackpool. Blackpool berapa kali je dapat clean sheets
- Nani sentiasa mempunyai points yg tinggi samada dari goal, assist & bonus
- Rooney dah mula dapat rentak die sejak lawan UEFA Champions League menentang Rangers yg dia score 1-0 tu
- Rafael Van de Vaart sangat konsisten.

Ni fixtures untuk Gameweek 15 kalau korang nak tau..


  • Gameweek 15 Fixtures
  • Aston Villa v Arsenal
  • Bolton v Blackpool
  • Everton v West Brom
  • Fulham v Birmingham
  • Man Utd v Blackburn
  • Stoke City v Man City
  • West Ham v Wigan
  • Wolves v Sunderland
  • Newcastle v Chelsea
  • Tottenham v Liverpool
Itu sahaja untuk minggu ni. Sebab Sabtu & Ahad ni aku nak berehat la dari menulis blog setelah sepanjang minggu menulis. ;P

So, jumpa lagi di minggu depan.

Thursday, November 25, 2010

The Amazing Race Asia 4: Jess & Lani tersingkir!

Salam,

Bermulanya minggu yang baru, so aku mulakan minggu ni dengan post pasal The Amazing Race Asia Season 4 yang bersiaran kat channel AXN (701) hari Khamis.


Sorry la, sebab ingat nak update pasal The Amazing Race Asia kat blog ni. Tapi baru sekarang sempat mengupdate. The Amazing Race Asia Season 4 ni pun hampir melabuhkan tirainya kerana minggu lepas berlakunya penyingkiran terakhir. Bermakna minggu ni merupakan episod yang terakhir! Rugi betul aku, tak dapat tengok complete season musim ni. Sebab apa? Sebab sibuk dengan final la! Apa lagi, tambah lagi kat tempat study aku tak ada astro a.k.a rumah sewa aku?. X gitu Zan? haha.. jangan marah ha!

The Amazing Race Asia Musim 4 ni dah pun sampai episod yg ke 9. Dengan ini tinggal 1 je lg penyingkiran. Aku rasa episod ni antara yg terbest la gak sebab ape? Sebab Jess & Lani tersingkir! Haha, aku rasa mesti korang dah tau nape aku suka Jess & Lani tersingkir. Yes, sebab dieorang merupakan pasukan paling gedik dalam siri kali ni. So, memang dieorang menjadi team yang tidak disukai oleh kebanyakan peminat The Amazing Race Asia. Tambah lagi, pasukan dalam race tu sendiri pun mengakui yang dieorang pun tak berapa suka Jess & Lani. Buktinya? 2 dari 3 pasukan lain memilih gambar Jess & Lani untuk dipanah. (Tugasan Detour). Pasukan tersebut ialah Hussein & Natasha dan Claire & Michelle. Manakala, pasukan Richard pula memilih gambar Sahil & Manas.


Jess & Lani


Manas & Sahil

Disebabkan tiada wakil Malaysia yg telah pun tersingkir pada minggu yang ke 6 iaitu Ivan & Hilda, dan pasukan Ethan & Khairie yang juga telah tersingkir pada minggu ke 8. Aku akan menyokong pasukan dari negara jiran yang terdekat iaitu Claire & Michelle dari Singapura. Lagipun dieorang rapat dengan Ethan & Khairie dan cara dieorang berkomunikasi pun nampak macam orang Malaysia.


Ethan & Khairie


Ivan & Hilda

Jadi nantikan episod terakhir The Amazing Race Asia pada Khamis, 9 Disember 2010. Minggu ni AXN akan menayangkan Best Moments of The Amazing Race Asia 4. Jadi, finale akan berlangsung pada minggu yang 1 lagi. Tak sabar rasanya nak tau siapa pemenangnya kan? So, jangan lupa tengok kat AXN pada 9 Disember nanti.

Sokonglah team favorite anda! Hehe..

The 3 teams that are still standing:


Natasha & Hussein, Indonesia


Richard & Richard, Philippines


Claire & Michelle, Singapore
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG

Glee!

Glee!
(Sticky) Catch Glee Season 2 every Wednesday

~EarLy eD!TiOn~

~EarLy eD!TiOn~
(STICKY) The best TV Series EVER!!! *4 me of coz* ^_^